JDT – 10YEARSCHALLENGE

TMJ 2009

“Selamatkan bolasepak Johor Tunku!..”

Jeritan Penyokong Johor – 2011

Tahun 2011, di perlawanan hoki di Stadium Taman Daya. Ada sekumpulan kecil penyokong Johor telah menjerit ke arah TMJ, “SELAMATKAN BOLASEPAK JOHOR, TUNKU!”.

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk kembalikan kegemilangan bolasepak Johor!”.

DYAM Tunku Mahkota Johor – 4 Sept 2012

Jeritan segelintir penyokong Johor yang berada di Stadium Hoki Taman Daya pada ketika itu ternyata sedikit sebanyak menggerakkan revolusi hebat untuk JDT sekarang ini. DYAM Tunku Mahkota Johor, seorang insan yang jiwanya teguh menyayangi rakyat Johor telah sanggup untuk mencemar duli melangkah masuk ke kancah pentadbiran bolasepak yang penuh hitam putih ini.

“2019 JDT sudah ada 11 Piala!”

Dalam tempoh 10 tahun ini pasukan Johor dan Johor FC yang dahulunya tetap bertanding sehabis baik walaupun pada ketika itu tanpa fasiliti terbaik seperti sekarang. Tetapi sekarang dalam tempoh satu dekad segalanya berubah di bawah naugan DYAM Tunku Mahkota Johor.

Daripada Stadium Larkin yang mempunyai trek balapan merah serta Astaka Padang Seri Gelam terbuka berubah kepada stadium dan Pusat Latihan di Padang Seri Gelam antara yang terbaik di Asia.

Foto Arkib 18.01.2012 – Ezreen Abd Talip

Yang pasti, dalam tempoh 10 tahun ini, kehadiran DYAM Tunku Mahkota Johor dalam bolasepak Johor ini telah menjadi X-Faktor kepada bertambah ramainya kehadiran penyokong dan pembenci kepada bolasepak Johor khasnya serta Malaysia amnya.

Luaskan Kuasamu Johor

Foto Arkib 2009 – Ezreen Abd Talip
  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply