TEAM A ATAU B, JDT MEMANG PADU

MAURICO JDT HARIMAU SELATAN

 

Stadium Larkin sekali lagi menjadi saksi kepada pasukan JDT yang baharu. Dengan barisan yang mantap dan permainan yang menarik membuatkan penyokong kembali teruja dan dapat dilihat dari mula kedatangan hingga mereka pulang dari stadium.

JDT memperaga aksi yang memukau. Permainan pantas dan ‘high pressing’ yang ditunjukkan jelas menepati kehendak pemilik pasukan DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang kelihatan tersenyum sepanjang perlawanan.

JDT mempersembahkan dua skuad untuk dinilai oleh penyokong. Team A dibarisi bintang luar negara dan beberapa pemain tempatan manakala Team B pula dibarisi kesemua pemain tempatan.

Apa yang mengujakan ialah kedua-dua skuad memberikan persembahan yang cukup meyakinkan. Di Team A, Aaron dan Diogo cemerlang di depan manakala Mauricio tenang bertahan di belakang.

Natxo Insa seolah-olah mendapat semangat yang baru dan Nazmi Faiz kelihatan selesa dengan peranan bebas yang diarahkan oleh jurulatih. Hariss dan Cabrera tidak perlu dipertikai manakala Adam, Azrif dan Corbin selesa bergandingan bersama melindungi Farizal dan Izham.

Team B pula melihatkan corak permainan pantas pemain tempatan. Gandingan Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Hazwan Bakri menimbulkan rasa gerun manakala Syafiq Ahmad pula cemerlang dibantu Syameer di barisan tengah.

Aidil, Kiko, Hasbullah, Fadhli Shas dan Kunanlan menampilkan persembahan terpuji untuk melindungi kubu yang dijaga Haziq Nadzli.

Namun masih ada ruang yang boleh diperbaiki. Jika segalanya berjalan lancar, JDT adalah satu pasukan yang perlu ditakuti oleh semua pasukan. Tidak kira siapa juga yang diturunkan, mereka akan menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan.

Kita sebagai penyokong perlu percaya dengan perancangan barisan kejurulatihan. Jom penuhkan stadium untuk setiap perlawanan ‘home’. Team A atau Team B, JDT tetap padu dan kita bersama-sama sentiasa di belakang pasukan.

Luaskan Kuasamu Johor

“Alone we can do so little, together we can do so much!..”

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 5.3K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*