IMPAK KEWANGAN TERHADAP JDT DAN NEGERI JOHOR DARIPADA LIGA JUARA-JUARA AFC

Penyertaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) bukan sahaja memberi impak kepada pemain JDT tetapi ianya juga memberi impak dari sudut kewangan buat kelab dan juga negeri Johor.

Ramai yang tidak nampak akan perkara ini malah ada pasukan yang sanggup tidak bertanding di peringkat AFC atas alasan kos yang tinggi. Tetapi JDT berjaya membuktikan sebaliknya.

Umum mengetahui bahawa JDT adalah kelab yang kaya dan mempunyai banyak wang. Namun wang ini dilaburkan pada tempat yang betul dan berjaya menghasilkan pulangan yang berbaloi. Penyertaan di ACL juga membantu pendapatan kelab secara tidak langsung.

Seperti yang tercatat dalam manual ACL, bonus USD50,000 akan diterima setiap kelab apabila memenangi perlawanan dan USD10,000 jika seri. Oleh itu, menerusi penyertaan di ACL tahun ini, JDT berjaya membawa pulang USD60,000 hasil dari satu kemenangan dan satu keputusan seri di peringkat kumpulan.

Jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia ianya bernilai hampir RM250,000. Bayangkan wang sebanyak ini berjaya dikumpul dengan hanya bermain 6 perlawanan peringkat kumpulan. Pelbagai penambahbaikan di pusat latihan mahupun stadium boleh dilakukan dengan wang sebanyak itu.

Bukan USD60,000 itu sahaja yang JDT perolehi tetapi tambahan USD60,000 lagi diberikan kepada kelab sebagai elaun perjalanan ke tempat lawan. JDT mengharungi 3 perlawanan di tempat lawan oleh itu jumlah keseluruhan yang diterima adalah USD180,000.

Secara total, JDT menerima USD240,000 bersamaan lebih RM1juta sepanjang tempoh pertandingan. Jadi jika pasukan lain mengatakan menyertai kejohanan AFC melibatkan kos yang tinggi jelaslah mereka menipu penyokong mereka sendiri.

Negeri Johor juga menerima tempias kewangan dari ACL. Ramai penyokong lawan dari Jepun, Republik Rakyat China dan Republik Korea datang sendiri ke Johor Bahru untuk menyokong pasukan kesayangan mereka.

Penyokong-penyokong ini membelanjakan wang mereka dengan menempah penerbangan, hotel dan juga beridah di Johor Bahru. Wang inilah yang dipanggil pendapatan negeri dari pelancongan. Mereka berbelanja di negeri ini sekaligus menaikkan ekonomi dan nama negeri di luar negara.

Jelas disini penglibatan bola sepak boleh membantu ekonomi sesebuah negeri dan negara. Dengan hospitaliti rakyat Johor yang baik tidak mustahil mereka akan datang semula dan membawa lebih ramai pelancong asing untuk melawat Johor.

Jadi kepada pasukan lain, tidakkah anda inginkan impak kewangan seperti ini. Sampai bila anda hendak bergantung kepada dana kerajaan negeri dan geran tahunan MFL sahaja. Tepuk dada tanya selera. Fikir-fikirkanlah.

Luaskan Kuasamu Johor.

Foto: Ezreen Abd Talip

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply