HALANGAN KE ATAS USAHA PEMBANGUNAN BOLASEPAK TANAHAIR

 

BATU PENGHALANG KE ATAS USAHA PEMBANGUNAN KEMAJUAN BOLA SEPAK TANAH AIR.

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui musim yang dikelilingi dengan orang-orang yang ingin melihat kejatuhan dan kekalahan JDT. Media massa dan tabloid antara pengantara dan watak penting dalam menyerapkan rasa benci dan pandangan negatif.

Kebecian mereka ke atas JDT lebih terarah kepada DYAM Tunku Mahkota Johor, sehingga mengakibatkan kepimpinan barisan baru FAM turut dikritik teruk. Apabila TMJ melepaskan jawatan sebagai Presiden FAM, perkara ini seakan satu kejayaan kepada mereka.

Realitinya, Malaysia amat kerugian apabila Tunku mengundurkan diri.
Kata-kata akhir Tunku semasa saat-saat melepaskan jawatan tersebut adalah

Saya ibarat seekor harimau yang tidak patut berkhidmat untuk kambing biri-biri, Harimau dan kambing biri-biri tidak boleh duduk bersama. Harimau boleh berkhidmat dengan harimau sahaja,”

DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

KEPENTINGAN POLITIK YANG DICAMPUR ADUK DI DALAM BOLASEPAK MALAYSIA”

Bola sepak dan Politik tidak boleh dicampur adukkan. Namun sejak TMJ berada di tampuk tertinggi di Badan Induk Negara dan menyingkirkan serta menyahaktifkan dakyah-dakyah politik dalam FAM, berbagai individu muncul dan lantang menyuarakan pendapat.

Imbas kembali, pernah seorang ahli politik veteran dari Sabah yang tidak mengenal sukan bolasepak juga berani dan lantang menegur, kritikan yang dibuat seolah-olah memperlekehkan usaha-usaha yang dilakukan oleh TMJ.

Suka untuk diingatkan kepada Yang Berhormat, adalah lebih baik memfokuskan masalah dan janji yang telah di tabur keatas lebih kurang 90 ribu penduduk di Daerah Kinabatangan yang dipegang sejak tahun 1999. Sekiranya Yang Berhormat mempunyai resepi dan formula berkenaan kemajuan bolasepak, diharap cuba eksperimentasi dahulu di pasukan Sabah FA. Hal berkenaan Bolasepak biarlah diurusan oleh barisan exco FAM yang di lantik.

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

Akhirnya, atas segala apa yang terjadi masa kini, DYAM Tunku Mahkota Johor kelihatan semakin bersemangat untuk terus maju dan mempertingkatkan lagi status liga Bolasepak Malaysia. Walaupun tidak berada di dalam FAM, tetapi Tunku masih boleh menyumbangkan idea melalui MFL.

DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa menjadi nombor satu dalam inovasi modenisme bola sepak Tanah air. Tanpa usaha DYAM Tunku Mahkota Johor, liga Malaysia masih konvensional dan di pandang hina di rantau ini.

Oleh: Hafiz Othman

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply