HAA TEPOK.. APA KHABAR PENYOKONG JDT

HAA TEPOK… APA KHABAR PENYOKONG JDT

Khabar kurang enak tentang penarikan diri dua penaja dan kapasiti Stadium Sultan Ibrahim bakal dikurangkan bagaikan tamparan kepada semua peminat setia mahupun peminat gelap JDT.

Bola sepak di Malaysia memang ditonton oleh majoriti orang melayu. Apabila melibatkan orang melayu, maka perkara seperti lupa daratan dan tidak mengenang jasa akan timbul. Melayu dan alasan tidak akan lekang dan kini kita menanggung akibat.

Inilah yang terjadi kepada penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila penyokong mula naik lemak dan sudah mula banyak alasan untuk menyokong di stadium. Akhirnya segala impian mula lenyap perlahan-lahan akibat sikap sendiri.

Ketika pasukan lain cemburu dengan kejayaan dan fasiliti yang kita ada, kita semakin sombong dan mula meninggi diri. Datang ke stadium dianggap bebanan dan bukan lagi hiburan keluarga. Dari 30,000 setiap perlawanan kini hanya tinggal 12,000 secara purata.

Jadual perlawanan tengah minggu laa, kesesakan lalu lintas laa, esok kerja laa, anak bersekolah laa, perlawanan kecil laa, tidak boleh merokok laa, tempat duduk tidak bernombor laa dan surau kecil laa antara alasan popular yang sering ditulis pahlawan papan kekunci di media sosial pasukan JDT.

Semua alasan yang langsung tidak kedengaran di tahun 2013-2015 atau ketika layak ke final di Bukit Jalil mahupun Shah Alam. Sudah berbuih mulut pengurusan malah DYAM Tunku Mahkota Johor sendiri berpesan akan kepentingan memenuhkan stadium. Penaja mahukan pulangan kepada penajaan mereka.

 

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

Kini dua penaja menarik diri. Akibatnya perbelanjaan terpaksa dicatu. Stadium baharu terpaksa dikecilkan kapasitinya. Dan apabila pasukan lain mentertawakan kita, kitalah yang paling melenting kerana kononnya mempermainkan TMJ. Sudahlah, kita sebenarnya yang mempermainkan TMJ.

Pasukan lawan menunggu peluang untuk menghentam kita. Apa yang kita buat. Kita bagi bola tanggung kepada mereka. Kita bagi penalti kepada mereka. Tahniah kepada kita semua. Bak kata-kata yang kini sedang tular haa tepok.

 

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

Artikel ini akan dikecam juga. Saya juga pasti di ruangan komen akan ada lagi alasan demi alasan demi menyelamatkan diri masing-masing. Siapa saya untuk menghalang. Saya juga terkesan dengan khabar terbaharu ini. Haa tepok.

Benda yang sudah terjadi usahlah ditangisi. Mari buat semula. Penuhkan stadium di setiap perlawanan bukan final sahaja. Kita mahukan yang terbaik tetapi adakah kita berikan yang terbaik. Haa tepok.

 

Suffian – Permas Jaya

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1.1K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*