PENYOKONG JDT POSITIF BERI MAKLUM BALAS DEMI MUAFAKAT

 

PENYOKONG JDT POSITIF BERI MAKLUM BALAS DEMI MUAFAKAT

Seperti sedia maklum di kelab JDT mengamalkan sifat terbuka untuk menerima pendapat dan sentiasa cuba untuk menambah baik sistem di padang atau pun di luar padang. DYAM Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor sendiri sentiasa berani berdepan dan mengajak penyokong-penyokong JDT datang di sesi-sesi santai untuk bual bicara dan berbincang demi kebaikkan kelab. Sistem yang diamalkan sejak baginda memegang JDT 6 tahun dahulu lagi.

Oleh itu baru-baru  ini Page Harimau Selatan dan IG Harimauselatanjohor telah mengambil inisiatif untuk mencari dan memberi ruang kepada penyokong JDT memberi pendapat dan pandangan yang mana mungkin dapat memberi input serba sedikit kepada persatuan untuk membuat keputusan. Perkongsian terus daripada penyokong-penyokong yang hadir ke stadium tetapi tidak dapat hadir ke sesi perjumpaan dengan TMJ serta tidak diwakili oleh kelab-kelab penyokong.

Berikut adalah di antara cadangan dan perkongsian penyokong-penyokong JDT. Munasabah atau tidak ianya tetap satu cadangan yang kita tetap hargai.

  1. Diadakan kaunter pembelian tiket di stesen bas utama daerah masing-masing di mana selain menjual tiket perlawanan kaunter tersebut turut meyediakan bas khas (tambang bas ditanggung oleh penumpang). Bas-bas tersebut tidaklah semestinya dimiliki kelab bagi menjimatkan kos kelab – Faris_fauze
  2. Cadangan diadakan ‘Loyalty Card Point” untuk point terkumpul boleh ditukar kepada insentif lain seperti bonus tiket percuma, payung JDT, makan malam bersama pemain JDT dll. – Jaheart Suffix
  3. Bagi perlawanan yang dijangka tiada sambutan, tidak semua tempat duduk di stadium dibuka. Supaya visual lebih padat di televisyen – Jahaya Rahman
  4. Pemegang Tiket Bermusim diberi pilihan dan kemudahan tempat letak kereta di parkir stadium – Mohd Nazri Nazri
  5. Sediakan pakej tiket serta pakej lawatan kepada pembeli-pembeli bertuah untuk melawat prasarana stadium dan pusat latihan JDT, Padang Seri Gelam. – Rosman Selatan
  6. Jadikan Stadium Sultan Ibrahim pusat pelancongan baharu Johor serta dibanyakkan aktiviti di luar stadium seperti Flea Market Stadium Webley – Mohdsienshah
  7. Selaraskan harga tiket dan tambang bas. Harga tetap serta harga dasar supaya tidak ada individu yang suka ambil kesempatan – Haris Groot
  8. Penyokong mahu pemain sekarang perlu memberi respon ‘aura positif’ kepada penyokong seperti  yang dilakukan Lucho dahulu – Mohd Zaffi
  9. Masalah hari perlawanan di hari bekerja (Selasa dan Rabu) menyukarkan masa untuk penyokong-penyokong hadir tepat pada waktunya – Mail Palarae
  10. Bayaran bulanan dibenarkan kepada penyokong-penyokong yang berminat untuk membeli tiket bermusim yang ada mempunyai masalah wang – Rusty Blade
  11. Diadakan 1 kios menjual tiket di pasaraya besar sekitar JB untuk kemudahan membeli tiket. – Fauzie Rahim
  12. Undang-undang kawalan pintu masuk stadium perlu ditetapkan seperti waktu buka pintu masuk stadium – Urban Suhairi
  13. Mudahkan proses pembelian tiket secara pukal dalam kuantiti yang banyak – Roslan Ali
  14. Untuk Stadium Sultan Ibrahim mohon bina ruang solat yang besar kepada penyokong – Ismi Munir
  15. Luaskan jualan tiket online – Hirman Kasiran
  16. Gunakan system system scan card untuk masuk Stadium Sultan Ibrahim – Syahmihakim Atan
  17. Mohon pemain memberikan hormat dan hargai semua penyokong di stadium – Az Ly
  18. Tempat duduk bernombor seperti panggung wayang – Zahrin Za’aba
  19. Sebaran lebih luas dan maklumat penting disampaikan kepada penyokong-penyokong luar JB untuk mendapatkan informasi kepada siapa atau di mana tiket dan rombongan untuk menyaksikan perlawanan di Larkin.
  20. Galakkan pengusaha-pengusaha hotel membina hotel berdekatan stadium untuk kemudahan penyokong-penyokong luar – Mohamad Faiz Koming
  21. Luaskan kios jualan di 7E – Muhamamad Iqbal Syuaib
  22. Ruang pintu keluar masuk stadium serta ruang bilik air perlu ditambah untuk keselesaan penyokong – Mohamad Fahmi
  23. Kawalan ketat tiket-tiket bernombor termasuk kanak-kanak bagi mengelakkan isu tempat duduk tidak cukup – Khairul Hisyam
  24. Untuk Stadium Sultan Ibrahim cadangan mewujudkan system pengangkutan lebih mudah dan laju seperti MRT/LRT – Nizam Salleh
  25. Setiap Daerah buat awaydays seperti mana penyokong JDT pergi ke stadium negeri luar di mana semua pengangkutan siap sedia memudahkan penyokong pergi dan balik selesa dan tidak mempunyai masalah kerja – Dengkes Tepok Utara
  26. Adakan cabutan bertuah apabila kapasiti stadium lebih daripada 15k
  27. Sediakan tiket pukal pada kadar rendah kepada pelajar-pelajar sekolah,
  28. Kena ada mentaliti juara seperti penyokong Liverpool di mana setiap perlawanan penuh – Apiz Liverpool
  29. Jual tiket tanpa had. Siapa cepat dia dapat. Tiada limit. Yang pasti setiap tiket keluar dari kaunter mesti dibayar dahulu – Waklan Jawa johor
  30. Adakan acara tahunan JDT (seperti Selangor lawan Singapura) – Abu Bakar Suran Sundak
  31. Jangan lupa naikkan harga tiket supaya kelab lebih berdaya saing – Crystal Kook
  32. Minta susur keluar dari Tol Lima Kedai untuk kami penyokong dari Kluang – Mohd Yasser
  33. Jual tiket dengan sekali penginapan bagi yang jauh – Zuliz
  34. Sediakan tiket bas percuma dari stesen bas utama kepad pemegang tiket – Idronhadi47
  35. Tempat solat setiap section – tns_aqif07

Memang sekarang ini kita mengalami kemerosotan kehadiran penyokong yang ketara. Adakah kita perlu hanya berpeluk tubuh dan saling tuding menuding jari untuk mencari siapa salah? Lebih baik kita sama-sama penyokong Johor bermuafakat mencari penyelesaian.

Ayuh kita kembalikan aura semangat semasa TMJ mula-mula memegang JDT di awal 2013 tahun. Di waktu kita tidak ada apa-apa. Penyokong JDT sanggup datang berdiri dan bersorak tanpa henti di balik tabir jaring besi disekeliling stadium. Adakah kita sudah mula selesa dengan apa yang kita ada. Tepuk dada tanya selera. Sokonglah pasukan anda tanpa prejudis. Terima kasih juga kepada penyokong-penyokong yang memberi pandangan di atas.

 

Muafakat Itu Berkat. Luaskan Kuasamu Johor

HS

 

(Foto: www.asiana.my)

 

 

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*