EMPAT PATAH PERKATAAN BERJAYA GEGAR BOLA SEPAK MALAYSIA

I like Serie A” – Empat patah perkataan yang sudah cukup menggegar dunia bola tempatan yang sememangnya menanti apakah projek terbaharu yang bakal dilakukan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Empat patah perkataan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berjaya menarik perhatian media di Malaysia yang masih berteka-teki siapakah pemain antarabangsa baharu yang bakal menguatkan lagi skuad Harimau Selatan.

Sejak Baginda mengumumkan bakal kembali berbelanja besar selepas sudah lama tidak berbuat demikian, banyak desas-desus dan nama pemain yang dikaitkan dengan JDT dengan kebanyakannya hanyalah sekadar memancing pembaca.

Ramai yang sedia maklum bagaimanapun barisan pencari bakat JDT yang bijak mencari pemain antarabangsa berkualiti dengan harga berpatutan dan yang paling penting sesuai dengan corak permainan JDT.

Pemain seperti Bergson Da Silva, Shane Lowry dan ramai lagi bekas-bekas pemain berjaya memberi gemilang buat Harimau Selatan hingga berjaya muncul juara Liga Super lapan kali berturut-turut.

Apa pun keputusan yang dilakukan oleh TMJ, kita perlu percaya dengan kebolehan pencari bakat dan barisan kejurulatihan JDT untuk menilai pemain mana yang sesuai dengan sistem permainan JDT dan bukannya sekadar menandatangani pemain bertaraf bintang.

Dengan misi dan sasaran yang lebih tinggi diletakkan oleh TMJ untuk melepasi peringkat kumpulan di Liga Juara-Juara AFC, tidak mustahil pemain yang bakal menyarung jersi keramat Merah Biru ini pastinya seorang pemain yang hebat.

Sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal berganding dengan Bergson mengepalai serangan JDT. Buat masa sekarang ayuh dapatkan pas bermusim dan bersedia untuk membeli jersi baharu yang pastinya menarik dan berkualiti.

Inilah kekuatan jenama JDT dan TMJ. Hanya empat patah perkataan berjaya menarik perhatian seluruh media di Malaysia. Ini kerana nama JDT mudah dijual dan memberikan pulangan. Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*