DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR – PUTERA RAJA TANPA PROTOKOL

Melihat kepada video perpisahan yang mengharukan di antara Safawi Rasid dan pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, jelas menunjukkan sikap mudah disenangi yang dimiliki oleh Baginda.

Baginda kelihatan sebak dan bertindak profesional sebagai majikan yang baik dengan merelakan pemergian pemain terbaik di kelabnya untuk memajukan diri dan bukan menghalangnya.

Lihat bagaimana TMJ menghantar Safawi hingga ke lif dan sentiasa berpesan kepadanya bahawa pintu JDT sentiasa terbuka dan segala bantuan yang diperlukan cuba diselesaikan menerusi satu panggilan telefon sahaja.

Foto: Ezreen Abd Talip

Sikap tiada protokol yang sering diamalkan TMJ ini adalah antara tunjang utama kejayaan JDT mencipta sejarah demi sejarah. Putera Raja yang gemar mengambil berat dan sama-sama turun berlatih membuatkan para pemain hormat dan bermain mati-matian untuk beliau.

Kebajikan pemain dijaga dengan baik. Gaji tidak pernah culas, bonus lumayan, fasiliti sentiasa ditambah baik, tidak lokek mengajak keluarga pemain makan BBQ, malah kemasukan percuma ke beberapa acara melibatkan JDT kepada para penyokong. “Respect is given not ask” kata orang putih.

Perilaku ini bukan hanya terhad kepada JDT dan keluarga pemain sahaja malah ianya juga ditunjukkan kepada rakyat Johor, Askar Timbalan Setia, sahabat Polo dan juga penyokong JDT. Mana ada pemilik berstatus DiRaja yang sudi bertemu penyokong dan mendengar luahan mereka.

Atas asas inilah JDT semakin maju dan TMJ disayangi ramai. Bukan membodek tetapi inilah realiti yang kita semua harus akui. Jika seorang bakal Raja boleh bersikap terbuka mengapa tidak kita rakyat jelata.

Mari sama-sama kita bersyukur kerana dikurniakan insan hebat seperti Baginda. Sebagai penyokong kita teruskan sokongan dan sentiasa menyokong aspirasi yang dibawa oleh TMJ dalam menjadikan JDT sebagai kelab terbaik di Asia.

Luaskan Kuasamu Johor

Foto: Ezreen Abd Talip

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply