BERUNTUNGNYA JDT DI LIGA JUARA-JUARA AFC

Ketika mula-mula ditanya apakah target yang baginda letakkan pada JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja dengan tenang dan yakin menjawab bahawa beliau mahukan JDT beraksi di pentas tertinggi Liga Juara-Juara AFC.

Seperti biasa ramai yang skeptikal dengan kenyataan ini dan seperti biasa juga pemilik kelab ini akan memastikan haters-haters baginda menelan kepahitan dari kenyataan mereka sendiri.

Tahun 2020 bakal menyaksikan JDT beraksi buat kali kedua di pentas tertinggi Asia ini. Dan apa yang menarik, dalam dua tahun ini JDT telah diundi bertemu dengan tiga bekas juara kejohanan ini. Bukan satu bukan dua tetapi tiga kelab bekas juara.

Kashima Antlers, Guangzhou Evergrande dan Suwon Bluewings adalah kelab elit yang pernah mengecapi nikmat bergelar juara Asia. Beruntungnya menjadi JDT yang dapat menguji skuad terbaik dan pastinya pendedahan terbaik buat kelab.

Guangzhou Evergrande juara edisi 2013 dan 2015 dalam diam rupanya sudah melakukan ‘riki’ terhadap JDT sejak musim 2019. Ini kerana jika JDT layak ke pusingan 16 terbaik ketika itu, JDT akan menjadi lawan mereka dan mereka sudah menghantar ‘spy’ ketika JDT bertemu Shandong Luneng.

Hahaha. Siapa sangka kelab Harimau Selatan ini berjaya menghadirkan gerun pada pasukan bimbingan legenda Itali, Fabio Cannavaro ini. Kini mereka bakal berkunjung ke Johor Bahru dan menerima layanan hospitaliti terbaik rakyat Johor.

Suwon Bluewings yang menjulang piala ACL pada 2001 dan 2002 juga sudah meneropong aksi JDT ketika bertemu Gyeongnam dan mereka dapat rasakan kesukaran bertemu JDT di gelanggang lawan.

Faktor cuaca dan penyokong fanatik JDT dilihat sebagai pemangkin kepada JDT beraksi baik dan mendatangkan kesukaran kepada pasukan lawan. Inilah yang terjadi kepada Gyeongnam FC yang hilang punca ketika beraksi di Larkin.

Kashima Antlers juara edisi 2018 mungkin sekali lagi diundi bersama JDT dalam Kumpulan G. Kashima pasti tidak akan melupakan kekalahan di Larkin yang menyaksikan penyokong mereka bangkit menyeru jurulatih direhatkan.

Beruntungnya jadi JDT di ACL. Pasukan terbaik dan handalan Asia menjadi ‘sparring partner’ yang hebat dan pemain JDT pastinya akan diperhatikan oleh pencari bakat dan sekaligus menaikkan profil pemain tempatan kita.

Laman rasmi JOHOR Southern Tiger juga menerima kunjungan netizen dari China, Republik Korea, Jepun dan serata Asia malah laman rasmi Guangzhou Evergrande dan Suwon Bluewings juga turun meninggalkan komen positif tanda hormat kepada JDT.

Tahniah TMJ, tahniah JDT dan tahniah kepada semua penyokong kerana kini bola sepak terbaik Asia dapat disaksikan di laman sendiri. Apa yang kita perlu lakukan adalah turun ke stadium dan berikan sokongan padu kepada pasukan kita.

Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply