BAGAIMANA CARA JADI JUARA KUMPULAN I DAN LAYAK KE PERINGKAT SETERUSNYA

Tiada siapa menyangka bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mampu memberikan saingan kepada kelab gergasi Asia dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Ketika tumpuan diletakkan kepada bekas juara ACL, Ulsan Hyundai dan Guangzhou FC serta juara Liga J, Kawasaki Frontale tiada siapa dapat mengagak apabila JDT sebenarnya yang kini berada di tangga teratas selepas lima perlawanan.

Bagaimana dan siapakah yang bakal menjadi juara Kumpulan I ini bakal ditentukan menerusi tiga cara yang paling rumit tetapi pada masa yang sama cukup mengujakan peminat bola sepak Malaysia dan Asia.

Pertama, jika JDT berjaya menewaskan Ulsan, JDT akan muncul juara kumpulan walau berapa sekalipun jumlah jaringan yang diperolehi Kawasaki Frontale ketika menentang Guangzhou FC.

Kedua, sekiranya JDT seri dengan Ulsan dan Kawasaki menewaskan Guangzhou, Frontale akan muncul juara kumpulan dan JDT akan berada di tempat kedua dan perlu menanti keputusan sama ada mereka muncul sebagai tiga pasukan tempat kedua terbaik.

Ketiga, andai JDT tewas kepada Ulsan dan Kawasaki tewaskan Guangzhou, Ulsan akan menjadi juara kumpulan dan JDT akan turun ke tangga ketiga manakala Frontale perlu menanti keputusan sama ada muncul sebagai pasukan tempat kedua terbaik.

Guangzhou FC telah lama tersingkir dari kejohanan dan pasukan di tempat kedua selepas tamat enam perlawanan akan ditolak mata yang diperolehi ketika menentang Guangzhou kerana terdapat ketidakseimbangan pasukan selepas Shanghai Port terpaksa menarik diri ekoran penularan pandemik Covid-19 di sana.

Ianya satu kedudukan yang cukup rumit kerana AFC menggunakan format ‘head to head’ dan bukannya jumlah perbezaan gol. Inilah yang dinamakan ‘winner takes all’ dan dalam bola sepak apa pun boleh terjadi.

Buat penyokong Harimau Selatan, ayuh sahut seruan TMJ yang mahu kita penuhkan Stadium Sultan Ibrahim untuk menyokong JDT sekaligus mencipta kemenangan dan melakar sejarah kelab pertama negara yang berjaya layak ke peringkat 16 terbaik.

Ayuh semua penyokong….
Satukan hatimu….
Tinggikan sorakanmu….
Demi Johor….

Kukorbankan jiwa ragaku untukmu demi Johor Darul Ta’zim…Ini Johor Darul Ta’zim.

Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply