AYUH JOHOR! KITA BUKTIKAN PADA SEMUA

Aksi JDT berbaki 2 perlawanan lagi di Johor. Baki perlawanan yang wajib dihadiri penyokong-penyokong JDT ke Stadium Sultan Ibrahim. Esok JDT bakal bertemu Guangzhou FC dan perlawanan terakhir menentang Ulsan Hyundai FC pada Sabtu, 30.04.2022 jam 5 petang.

Penyokong-penyokong perlu berterima kasih kepada Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang berjaya merealisasikan impian penyokong-penyokong Johor untuk menyaksikan aksi pemain-pemain hebat Asia dan Dunia di Johor.

Tanpa stadium bertaraf dunia, Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunus Larkin yang sudah terbukti dengan aksi-aksi perlawanan peringkat AFC sebelum ini, penyokong JDT sudah pasti perlu berbelanja besar untuk mengikuti kejohanan ACL di luar.

Penyokong bukan sahaja boleh menyaksikan aksi perlawanan hebat dua pasukan dalam tempoh 90 minit, tetapi penyokong boleh melihat bagaimana professional dan ketatnya disiplin peringkat ACL daripada pengurusan padang hinggalah kawalan ke atas penyokong.

Dunia bolasepak luar yang selama ini hanya mengikuti berita kemajuan bolasepak JDT di media sosial dan elektronik tetapi kini penyokong antarabangsa boleh mengikuti sendiri 18 perlawanan secara langsung ke Johor.

Oleh itu, penyokong-penyokong perlu teruskan sokongan padu dan doa kalian ditagih agar kemenangan milik JDT untuk baki 2 perlawanan ini. InsyaAllah mungkin nanti jika kita layak Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos Larkin menjadi tuan rumah sekali lagi untuk pusingan ACL yang berikutnya. – HS

#afcchampionsleague
#acl2022
#johordarultakzim
#jdt
#harimauselatan

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply