TIGA SEBAB PENYOKONG JDT PERLU HADIR KE STADIUM SULTAN IBRAHIM ESOK

Seperti sedia maklum esok adalah perlawanan terakhir peringkat Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC, JDT menentang Ulsan Hyundai. Perlawanan hidup mati untuk Johor Darul Ta’zim secara khususnya.

Berikut adalah sebab mengapa penyokong JDT perlu tidak melepaskan peluang untuk hadir ke stadium.

1. Kemungkinan Perlawanan Terakhir Peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara AFC secara berkelompok.

Seperti sedia maklum AFC telah mewajibkan setiap perlawanan peringkat kumpulan perlu secara timbal balik di satu negara sahaja berbanding sebelum ini setiap pasukan perlu menentang lawan di lokasi berbeza mengikut pasukan. Dalam keadaan dunia yang sedang beralih ke fasa Endemik Covid 19 tidak mustahil sistem perlawanan berkelompok ini bakal dimansuhkan.

Oleh itu, sebagai tuan rumah kali ini, Johor amat bertuah pernah menjadi tuan rumah liga terbaik Asia ini. Penyokong boleh rakamkan suasana ini esok.

2. Jemputan secara peribadi daripada DYAM Tunku Mahkota Johor, Pemilik Bolasepak JDT

Sepanjang JDT berada di dalam era transformasi dari 2013 rasanya inilah pertama kalinya TMJ memuatnaik secara peribadi di bahagian komen media sosial yang mahukan semua penyokong bersatu untuk memberikan sokongan padu kepada JDT.

Perenggan komen baginda yang nampak agak santai dan ringkas, tetapi kali ini ianya nampak benar-benar dalam maksudnya yang mahukan sesuatu daripada perlawanan esok. Harapan dan Impian ini hanya satu, Menang Kalah biar kita bermaruah dengan sokongan Harimau Selatan ke 12.

3. Juadah Berbuka Puasa Istimewa ‘Bubur Lambuk’ Untuk Penyokong-Penyokong JDT

Di dalam rekod inilah kali pertama kita bakal berbuka puasa di Stadium Sultan Ibrahim secara beramai-ramai. Sejak terbinanya Stadium Sultan Ibrahim selepas ‘berehat’ selama 2 tahun akibat Pandemik Covid-19 inilah saat terbaik untuk kita meraikan kemeriahan di sini.

Mungkin juadah ini nampak agak sederhana tetapi keberkatan Ramadhan ini pasti dirasai bila kita berkumpul berbuka bersama. Terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi menaja dan memberi juadah ini kepada semua penyokong.

Oleh itu, kepada semua penyokong lupakan sebentar kemeriahan untuk menyambut Syawal. Kita fokus esok untuk memberi sokongan paling padu kepada Harimau Selatan. Kita buktikan kepada ‘oppa’ sorakan penyokong JDT boleh membuatkan mereka gerun untuk dibawa pulang ke Korea. Kita panaskan mereka dengan sorakan ditambah dengan cuaca hangat di siang hari esok. Ayuh Harimau Selatan! Tiada yang Mustahil!!

Kita akan Fight sampai mati!..” – TMJ

 

#afcchampionsleague
#ACL2022
#JDTVSULS

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply