JDT TEWAS – TENANG SEMUA

Malam tadi, JDT tewas buat pertama kali di kejohanan AFC Champions League 2022. Malam tadi adalah malam pertama JDT tewas di Stadium Sultan Ibrahim tahun ini.

Kali pertama saya melihat senarai barisan kesebelasan pemain yang diturunkan oleh Benjamin Mora semalam saya sudah menjangkakan JDT sedang merancang sesuatu yang mungkin mahu lebih bersedia untuk perlawanan yang akan datang.

Untuk baki perlawanan berikutnya, JDT bakal bertemu Guangzhou FC dan perlawanan terakhir bertemu Ulsan Hyundai FC. Perlawanan terakhir nanti yang menuntut sokongan padu daripada semua penyokong.

 

Semua sedia maklum perlawanan bakal berlangsung jam 5 petang yang amat menuntut pengorbanan besar bagi setiap pemain yang sedang berpuasa. Hanya sokongan padu daripada penyokong diperlukan di Stadium Sultan Ibrahim.

Kalkulasi mudah untuk baki perlawanan nanti adalah walau apa jua keputusan di antara Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai yang bakal berlangsung Rabu ini, Ulsan Hyundai perlu menewaskan JDT di Stadium Sultan Ibrahim Sabtu ini.

Perlawanan menuntut sokongan padu daripada semua penyokong JDT di Stadium. Lupakan sebentar mood Hari Raya kita untuk hadir menyokong di Stadium. Tidak kisah apa jua keputusan yang bakal hadir biar kita buktikan kepada dunia luar dibelakang JDT ada berdirinya penyokong yang tetap menyokong pasukan tidak kira menang, seri atau tewas.

Sebagai seorang daripada penyokong, prinsip saya selama ini mudah sahaja. Ini Kejohanan ACL wahai penyokong. Kejohanan bolasepak terbaik di Asia. ‘TRUST THE PROCESS’

#luaskankuasamu
#afcchampionsleague2022
#acl2022

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply