APA KATA PENYOKONG HARIMAU SELATAN?

 

APA KATA PENYOKONG HARIMAU SELATAN?

 

Zack Mong, Sutera Utama JB
Pelajar University of South Australia

“Tahun ini adalah tahun penting bagi JDT. Saya harap JDT jangan berhenti. Apa juga keputusan malam esok JDT kena terus berpandangan jauh..”

 

 

 

Muhamad Johan Roslan, Johor Bahru
Ahli Dewan Muda Johor

“Kalau asyik membaling batu pada anjing yang menyalak kita tiak akan sampai ke destinasi. Moga yang terbaik kepada JDT di Final esok dan ACL nanti kerana kita berada dalam kelas yang berbeda”

 

Hajar Hamzah, Johor Bahru
Pekerja Swasta

“Saya adalah pemegang tiket bermusim Larkin sejak 2014. Sudah melihat perubahan dan penambahbaikan pasukan ilham daripada DYAM Tunku Mahkota Johor. Untuk malam esok sudah pasti teruja kerana melihat barisan terkini JDT. All the best untuk semua!”

 

 

 

 

Muhammad Khairul Anuar

“Sepakat Membawa Arus Kemajuan,

Megah Menggapai Bintang Kejayaan,

Harimau Selatan Kental Bertuan,

Berundur Tiada Gagah Bertahan..”

 

 

Alhumaidi Hussin, Johor Bahru
Pekerja Bank

“Teruja menanti perlawanan esok. Di atas kertas kedua-dua pasukan memiliki barisan pemain lengkap. Corak permainan yang mantap pasti terhidang esok kerana JDT dan Perak bermain di peringkat AFC/ACL tahun ini..”

 

 

Nur Aishah Abu Bakar, Tmn Rinting

“Saya akan tetap menyokong pasukan JDT walau apa juga yang terjadi esok. Sebagai penyokong JDT kita kena berpandangan jauh. Pemain JDT kena kerja kuat dari minit pertama hingga ke wisel penamat perlawanan di penghujung musim nanti.. Good Luck!”

 

 

 

Kai Siang, Skudai
Pelajar Universiti of Reading, Nusajaya

“JDT sekarang sudah amat terkenal. Sebagai penyokong JDT dan Bangsa Johor kita kena terus menyokong pasukan ini. Saya bangga bila saya beritahu kawan-kawan saya yang saya dari Johor dan terus mereka tahu Johor itu adalah JDT!”

 

 

 

 

 

Mohd Syafiq, Permas Jaya
Kontraktor

“Ayuh Harimau Selatan! Jangan hampakan impian penyokong JDT dan yang pasti DYAM Tunku Mahkota Johor. Dah macam-macam TMJ korbankan masa dan wang untuk menaikkan nama Johor. Be the best among the best!”

 

Aminuddin Azmi, Kuala Selangor
Pelajar, Kolej Pengajian Islam Larkin

“Pemain kena tunjukkan kualiti ACL yang kita ada sekarang. Impian malam esok kita kena menang. Untuk musim ini saya impikan pemain-pemain muda produk JDT di’eksport’ bermain di negara-negara liga asian AFC untuk mudah di masa akan datang buat pasukan JDT. Yang mungkin akan bermain menentang mereka nanti..”

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply