ADAKAH SABTU INI BAKAL JADI SAKSI PIALA KE 12 JDT?

 

ADAKAH SABTU INI BAKAL JADI SAKSI PIALA KE 12 JDT?

Sejak ditubuhkan pada tahun 2013, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sudah merangkul 11 piala dan mendominasi senario bola sepak tempatan. Dari 11 piala itu, saya menjadi saksi kepada 8 kejuaraan yang diraih di hadapan mata saya.

Dari 2013-2018, JDT berjaya merangkul 5 Liga Super, 3 Piala Sumbangsih, dan masing-masing satu Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC. Satu kejayaan yang sangat dibanggakan saya sebagai penyokong Harimau Selatan.

Dari 5 kejuaraan Liga Super, saya menjadi saksi kepada 4 kejuaraan tersebut. Bermula dengan tahun 2015 di Selayang, walaupun tewas kepada Felda United, namun JDT tetap juara apabila pencabar terdekat tewas.

2016 pula, Stadium Larkin menjadi saksi apabila JDT mudah menewaskan Terengganu sekaligus meraih kejuaraan hat trick Liga Super. Saya dan penyokong lain berpesta menyambut kejuaraan itu.

Stadium Selayang bukanlah tempat kegemaran JDT, namun stadium itu sekali lagi menjadi venue JDT menjulang trofi Liga Super 2017 meskipun tewas di tangan Selangor. Jika 2015, saya di teres terbuka, 2017 saya menjadi saksi di astaka pula.

Perjalanan pulang dari Ipoh tidak terasa jauhnya apabila JDT berjaya mencipta sejarah muncul juara Liga Super 5 kali berturut-turut setelah menewaskan Perak 2-1 di Stadium Perak. Dan ironinya, inilah perjalanan teraman saya sepanjang bertandang ke Ipoh.

Stadium Shah Alam pula menjadi tempat saya menyaksikan JDT merangkul kejuaraan Piala FA pada 2016 dan Piala Malaysia untuk tahun 2017. Kemenangan ini melengkapkan senarai trofi domestik yang dimenangi oleh JDT.

Untuk Piala Sumbangsih pula, saya berada di Stadium Larkin untuk sama-sama menyokong JDT dan menjadi saksi kemenangan piala pembukaan musim ini pada tahun 2016 dan 2018.

“Believe in yourself and you will be unstoppable..”

Kini saya akan kembali ke Stadium Larkin pada Sabtu ini untuk menjadi saksi JDT mempertahankan Piala Sumbangsih sekaligus piala ke 12 dalam sejarah penubuhan kelab. Saya berbangga dengan pencapaian saya sebagai penyokong JDT dan tidak pernah bosan memberikan sokongan.

Saya percaya, ramai lagi penyokong diluar sana yang teruja untuk menonton perlawanan Sabtu ini. Ayuh kita semua penuhkan Stadium Larkin dan berikan mimpi ngeri kepada pasukan Perak.

Luaskan Kuasamu Johor.

Affendi Salleh, Kuala Lumpur

Foto: Ezreen Abd Talip – HS

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1.4K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*