SILENCE IS THE BEST RESPONSE TO A FOOL

SILENCE IS BEST RESPONSE TO A FOOL

Malam semalam JDT berjaya menambah satu lagi piala dalam koleksi peribadi. Malam semalam juga adalah malam JDT memulakan langkah baharu ke peringkat yang lebih tinggi.

Terima kasih kepada 22,150 penyokong setia Harimau Selatan yang berjaya memenuhkan setiap ruang Stadium Larkin. Akan kita bawa semangat ini sepanjang musim ini malah biar dijadikan sejarah terbaik Larkin sebelum kita ke Stadium Sultan Ibrahim nanti.

Malam semalam juga JDT tampak berbeza. Terus garang menyerang dari minit pertama. Tidak seperti dahulu bertindak apabila kita sudah ketinggalan. Kita tahu Skuad Seladang bukan pasukan yang boleh dipandang ringan. Juara Piala Malaysia 2018 ini sudah membuktikan semangat melawan hingga ke sepakan penalti. Tahniah Harimau! Berjaya tewaskan Seladang di permainan penuh 90 minit.

Tahun ini tahun bukan main-main lagi bagi kita. Keluasan geografi kuasa penyokong JDT akan bertambah. ‘Jeneral’ JDT sudah beri amaran kepada semua. Pemain dan penyokong kena fokus kepada tujuan dan matlamat utama kita tahun ini. Jaga disiplin, bina tahap professional yang tinggi dan tunjukkan kepada semua JDT bakal meluaskan kuasa lagi.

Luaskan Kuasamu Johor!

 

Kredit Foto: Ezreen Abd Talip

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1
    Share

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*