2018 – TAHUN MALANG DAN BERTUAH UNTUK JDT

2018 – Tahun Malang Dan Bertuah untuk JDT

Semasa pra musim 2018, saya dapat membayangkan pasukan JDT akan menjadi pasukan yang lebih kuat berbanding skuad 2016. Ini kerana persiapan pasukan dilihat cukup lancar tanpa sebarang masalah.

Skuad 2016 bolehlah saya katakan antara skuad terbaik yang pernah JDT tampilkan. Berpuluh gol dijaringkan oleh penyerang import mahupun pemain tempatan. Penyokong berasa seronok turun ke stadium menyaksikan permainan yang ditunjukkan.

Melihat kepada skuad 2018, saya yakin JDT mampu menyamai rentak skuad 2016. Kembalinya Hariss Harun, Luciano Figueroa dan Jorge Pererya Diaz mendatangkan rasa teruja di kalangan semua peminat JDT.

Namun apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. JDT sebenarnya melakukan kesilapan menandatangani kembali dua pemain asing tersebut. Seorang lari meninggalkan pasukan manakala seorang lagi kelelahan akibat faktor usia beliau.

Kini setelah 3 bulan Liga Malaysia berlangsung JDT dilihat terumbang ambing dan bergelut untuk memenangi setiap perlawanan. Barisan hadapan dilihat sangat tumpul dan barisan pertahanan masih membuat kesilapan yang sama.

Tahun 2018 dilihat sangat malang buat JDT ketika ini. JDT malang di peringkat asia terutama di tempat lawan. JDT juga malang apabila cuaca hujan. 2 kali perlawanan ditangguhkan dan akhirnya JDT tewas jua di Larkin akibat padang yang becak.

Pelbagai perkara terjadi seakan akan tidak menyebelahi JDT. Perlawanan menentang skuad muda Kelantan dan Selangor berjaya mendedahkan kelemahan sebenar JDT iaitu pemain utama kita semakin tua.

Namun begitu, tahun malang ini juga dilihat membawa tuah buat JDT. Jika ditakdirkan JDT akan menjadi juara liga super dalam keadaan terdesak, ini sangat bagus untuk pembinaan karektor dan mentaliti pemain.

Dikala JDT dilihat sangat terkesan tanpa pemain import, pasukan lain juga mengalami nasib malang yang sama. Pemain mereka cedera, tidak cergas malah ada yang digugurkan. Jika ini tidak berlaku kepada pasukan lain, saya rasakan bahawa JDT akan menghuni tangga keenam liga ketika ini.

Foto: www.asiana.my

Memetik kata Hariss Harun, kadangkala pasukan perlu untuk “win dirty”. Dan nasib masih juga memihak kepada JDT terutama di Larkin dan pemain tempatan menunjukkan pengalaman ketika beraksi untuk membantu pasukan memenangi kejuaraan.

Kini jendela perpindahan kedua akan dibuka. Diharap pasukan JDT dapat membeli pemain import terbaik. Cukuplah dengan pemain yang ala kadar. Ini hanya mendatangkan pembaziran dan menggangu momentum pemain dan pasukan.

Sediakan pasukan untuk menjuarai liga super sekaligus pengurusan boleh menggunakan pentas Piala Malaysia untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi cabaran Liga Juara Juara Asia tahun hadapan.

Kepada penyokong pula, dimanakah anda ketika pasukan diuji. Terjejaskah kesetiaan anda saat pasukan dilanda masalah. Ingat “mahu jadi apa pemain tanpa penyokong”. Jika pemain boleh menghadapi masalah mereka mengapa tidak kita para penyokong.

Janganlah hanya menyokong ketika kuat sahaja. Buktikan penyokong harimau selatan adalah penyokong terbaik di Malaysia tidak kira apa jua keadaan pasukan. Selamat maju jaya buat JDT untuk menghadapi pusingan kedua liga nanti.

 

Luaskan Kuasamu Johor

Johari, Kota Tinggi

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply