RAUL LONGHI – PERMATA JDT

Raul Longhi –  Permata JDT
Apabila Ulisses Morais meletakkan jawatan beliau sebagai ketua jurulatih JDT,  ramai peminat mula berasa tidak keruan kerana beliau telah menunjukkan rekod yang sangat baik sepanjang bersama pasukan.
Peminat sekali lagi resah apabila Raul Longhi diumumkan sebagai ketua jurulatih yang baru dan bukannya jurulatih sementara seperti Benjamin Mora sebelum ini. Peminat mula risau akan prestasi dan corak permainan yang bakal ditampilkan.
Namun bagi peminat yang tegar dan mengikuti perkembangan pasukan, nama Raul bukanlah nama asing. Beliau adalah pembantu jurulatih kepada 3 ketua jurulatih sebelum ini. Beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas.
JDT patut bersyukur kerana adanya Raul di dalam pasukan. Ini kerana, Raul boleh dianggap permata yang hilang yang sangat diperlukan tatkala pasukan sedang bergelut dengan masalah dalaman pasukan.
Bukan mudah untuk mengambil alih pasukan serba bintang yang kehilangan pemain import terbaik, namun Raul tenang mengemudi pasukan dengan mempertaruhkan muka-muka baru yang menjadikan JDT masih unggul di takhta liga.
Taktikal beliau dilihat menyerupai permainan ala Sepanyol yang mengutamakan penguasaan bola dan pergerakan pemain yang laju. Namun kelajuan itu sering tersekat di bahagian serangan kerana JDT memang bergelut di bahagian itu.
Namun, Raul tidak pernah menjadikan kekurangan itu sebagai alasan. Malah beliau membentuk barisan serangan dengan mempercayai pemain tempatan. Safawi Rasid dan Hazwan Bakri menjadi penggempur utama pasukan di setiap perlawanan.
Beliau juga mengambil langkah berani dengan mengenepikan kapten berpengaruh Safiq Rahim. Beliau membuka peluang kepada Nazmi Faiz untuk mengemudi barisan tengah bersama Afiq Fazail. Mereka berdua telah menjalankan tugas yang cukup bagus sebagai jentera tengah.
Bukan hanya mempercayai pemain muda dalam mencorak serangan, malah beliau juga memberikan lilitan kapten kepada Hariss Harun walaupun beliau mempunyai Marcos Antonio, Aidil Zafuan dan Natxo Insa yang pernah menggalas tugas selaku kapten sebelum ini.
Perkara ini sekaligus melonjakkan semangat pemain muda untuk bermain lebih baik bagi meraih perhatian jurulatih agar dapat diberi peluang untuk bermain setiap perlawanan.
Pemain muda dilihat semakin serasi dan perlawanan menentang Negeri Sembilan adalah testimoni kepada keberanian Raul Longhi. Malah di peringkat Asia juga, beliau mempertaruhkan bakat-bakat muda untuk membawa cabaran JDT.
Kini jendela perpindahan kedua sudah dibuka dan pemain import baharu akan diperkenalkan. Di harap beliau masih tetap percaya akan pemain muda beliau demi kemajuan pemain itu sendiri. Pemain import hanyalah pembantu sebaliknya kerja keras perlu dilakukan pemain tempatan.
JDT harus berterima kasih kepada Raul Longhi. JDT sedang menuju ke era baru. Pemain muda akan mewarisi kehebatan pemain senior. Yakinlah kepada kemampuan beliau kerana TMJ sendiri yakin hingga beliau akan dikekalkan hingga tamat musim Liga Malaysia 2018.
Semoga JDT akan menjadi juara Liga Super Malaysia buat kali kelima berturut turut dan membentuk pasukan yang mantap untuk menghadapi musim yang mendatang.
Mucha Gracias Senor Raul.
“Coaching is taking a player where there can’t take themself..” – Jose Mourinho
Foto: www.asiana.my
Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 961
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*