ANGIN BARU JDT

 

Angin Baru JDT

Ramai yang kecewa apabila JDT tersingkir dari Piala FA di tangan Pahang namun semua ini harus diterima peminat dengan hati terbuka. Keadaan pasukan yang kekurangan pemain import dilihat semakin memberi kesan kepada persembahan pasukan.

Namun perkara ini tidak akan berpanjangan apabila TMJ sendiri sudah mengumumkan bahawa beliau sudah menandatangani dua pemain import yang baru untuk memperkuatkan pasukan di Liga Super.

Setelah 6 tahun penubuhan kelab JDT, sudah 10 piala berjaya didakap mereka. Ini menjadikan mereka kelab paling berjaya dalam sejarah Liga Malaysia. Kini dilihat JDT dalam usaha menuju ke era baru.

Apakah maksud era baru ini. Era baru ini bermaksud pemain lama perlu memberi laluan kepada pemain baru. Perkara ini perlu dilakukan kerana jika dilihat kesebelasan JDT sekarang terkesan sudah berumur.

 

Safiq Rahim, Farizal Marlias, S Kunanlan, Aidil Zafuan, Natxo Insa, Marcos Antonio sudahpun menginjak ke usia 30an. Dalam bola sepak usia ini sudah dikira di penghujung karier.

Pasukan JDT kini dilihat kurang bertenaga jika kesemua pemain ini diturunkan bersama. Bukan menidakkan pengalaman mereka namun usia anda tidak menipu dan ia boleh menggangu prestasi anda di tengah padang.

JDT melakukan kesilapan ketika menandatangani semula Luciano Figueroa. Walaupun beliau yang sudah 2 tahun bersara dilihat masih mampu untuk bermain 90 minit, namun jadual yang padat pantas memberi kesan kepada kecergasan beliau. Akhirnya beliau terpaksa disisihkan dari pasukan.

Ketika Ulisses Morais menjadi ketua jurulatih, beliau dilihat asyik menggunakan pemain yang berusia ini. Tiada peluang untuk pemain muda mendapat masa perlawanan sekaligus menggangu prestasi mereka di peringkat kebangsaan.

 

Kini Raul Longhi dilihat lebih dinamik dalam pemilihan kesebelan pemain. Pemain muda semakin mendapat tempat. Nama Nazmi Faiz, Safawi Rasid, Azrif Nasrulhaq, Afiq Fazail, Darren Lok, Adam Nor Azlin kini kerap diturunkan sebagai pasukan utama.

Eksperimen berani beliau di peringkat Piala AFC dilihat mampu menaikkan nilai pemain tempatan di kala pasukan lain masih bergantung kepada pemain import. Biarpun tewas tetapi pemain-pemain ini berani mengambil cabaran dan membentuk satu unit yang lebih matang.

Pada pemerhatian saya, JDT kini lebih mantap tanpa Safiq Rahim. Natxo Insa dan Nazmi Faiz dilihat lebih kreatif dalam mencorak serangan. Ini kerana jika Safiq diturunkan, semua bola dilihat perlu dihantar kepada beliau. Jadi ia mengehadkan kreativiti pemain lain seperti Nazmi Faiz.

Jika ditanya kepada jurulatih, beliau akan mengatakan ini adalah polisi penggiliran pemain namun saya berpendapat beliau lebih percayakan pemain muda untuk menuju era baru JDT.

JDT juga perlu menyediakan pasukan yang mantap sekiranya layak ke Liga Juara Asia tahun hadapan. Seperti kata pemilik pasukan, baginda sendiri akan berhenti jika pasukan JDT yang baru ini tidak menepati antisipasi beliau. Ini membuktikan baginda sudah belajar dari kesilapan dan memilih pemain import yang benar-benar berkualiti.

Kini, JDT hanya akan menumpukan perhatian kepada saingan Liga Super sahaja. Ini penting kerana tiket automatik ke Liga Juara Juara Asia menjadi taruhan kepada juara liga sahaja.

 

Semoga penyokong dapat melihat proses transformasi ini dengan lebih realistik dan bersabar dengan segala masalah dan keadaan pasukan yang dilihat sedikit bergelut ketika ini. Perkara baik memerlukan masa untuk berjaya.

Afiq, Johor Bahru

Foto: Nizam Rahman – www.asiana.my

“To be great champion, you must believe you are the best. If you’re not, pretend you are!..” – Muhammad Ali

 

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1.4K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*