WHAT CAN YOU DO? TMJ BUKTIKAN TIDAK PERLU ADA JAWATAN UNTUK BANTU SKUAD KEBANGSAAN

Sekali lagi DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan sesuatu yang tepat kepada semua yang terlibat dalam senario bola sepak tempatan.

What can you do? adalah motto baharu yang digunakan oleh TMJ untuk bertanya kembali kepada para pengkritik apa yang mereka mampu lakukan untuk menaikkan imej bola sepak tempatan selain daripada terus mengkritik.

Sebelum ini, banyak pihak yang merah mata dengan kenyataan TMJ tentang pemain bukan mesin kerana keengganan JDT melepaskan pemain mewakili negara untuk Piala AFF yang jelas dilangsungkan di luar kalendar antarabangsa Fifa.

Kini dua tiga pasukan sudah mula merasai kesan akibat kecederaan pemain dan juga keletihan yang mana akhirnya mereka juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka juga tidak akan melepaskan pemain utama jika mana-mana kejohanan itu di luar kalendar antarabangsa Fifa. What can you do?

Terbaharu TMJ sekali lagi bertanya What can you do? kepada semua apabila JDT menawarkan Harimau Malaya untuk menggunakan fasiliti latihan dan Stadium Sultan Ibrahim untuk perlawanan antarabangsa bulan hadapan.

TMJ membuktikan dia tidak perlu menyandang jawatan dalam persatuan untuk membantu pasukan kebangsaan sebaliknya menawarkan kesemuanya secara percuma malah menitahkan JDT untuk memperuntukkan peralatan kecergasan buat Harimau Malaya.

Pasukan Turkmenistan dan Hong Kong pastinya teruja bermain di stadium berkelas dunia itu di mana mereka akhirnya boleh mengucapkan selamat tinggal kepada cow grass yang sudah ketinggalan zaman.

Kim Pan-gon juga teruja untuk bermain di SSI kerana baginya ini adalah stadium terbaik dengan lapangan terbaik dan sesuai untuk permainan bola sepak moden yang laju bersesuaian dengan DNA yang dikehendakinya daripada pemain Harimau Malaya. What can you do?

Malah ketua jurulatih kebangsaan itu juga gembira kerana pemain Malaysia dapat menyesuaikan diri lebih awal dengan padang sebegini sebelum ke Piala Asia kerana padang SSI mempunyai kualiti yang sama pada stadium Piala Dunia di Qatar. Sekali lagi What can you do?

Buat kita para penyokong Harimau Selatan, terus sebarkan perkara baik dan pastikan ianya berfakta mengenai kebaikan yang dilakukan kelab kita kepada kemajuan bola sepak negara.

Jika ada yang mengeji teruskan tersenyum, teruskan berbuat baik dan tanya kembali kepada mereka What can you do? dengan wajah yang bangga. Luaskan Kuasamu Johor.