‘UNITED WE STAND DIVIDED WE FALL’

 

Foto: Ezreen Abd Talip – www.asiana.my

BERSATU HATI MENGHARUNGI SEGALA MASALAH BERSAMA

 

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui musim yang dikelilingi dengan orang-orang yang ingin melihat kejatuhan dan kekalahan JDT. Media massa dan tabloid antara pengantara dan watak penting dalam melaksanakan misi dan visi tersebut.

Jalan terbaik menentang hasad dengki mereka adalah bangkit dan berusaha mencapai sebanyak mungkin kejayaan.

Pada tahun lalu, JDT berjaya mencapai kejuaraan Liga Super buat kali keempat dan menutup tirai dengan kejuaraan Piala Malaysia.

Imbas kembali, Piala Malaysia kembali ke Johor setelah 26 tahun. Namun, ketika itu, kepuasan mendakap kejuaraan dalam tahap maksima. Kemenangan lebih bermakna. JDT mendakap kejuaraan dan piala dalam situasi dimana ramai mengharapkan JDT kalah dan tersungkur pada perlawanan tersebut. Dengan kemenangan dan kejuaraan ini, JDT berjaya mempertahankan maruah kelab dan bangsa Johor secara amnya.

Foto: www.asiana.my

 

Pada tahun ini pula, dengan beberapa kontroversi yang dikaitkan dengan JDT, perkara seperti tahun-tahun sebelumnya terjadi kembali. Sekali lagi, pembenci dan media tabloid Tanah air menjadi agen pembesaran isu.

Dari itu, dengan apa terjadi, tetap percaya kepada kelab dan kepimpinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Kita harus terus mengharungi sepanjang musim ini dengan bersatu hati. Penentu kejayaan bukan sahaja berkenaan pengurusan, barisan jurulatih dan pemain, tetapi juga berkenaan penyokong yang setia tidak kira rintangan yang mendatang.

Percayalah, hanya dengan kejayaan, piala dan kejuaraan bakal menutup mulut mereka yang ingin melihat empayar ini jatuh.

“Merah itu darahmu, Biru itu nyawamu”

 

Oleh: Hafiz Othman

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 382
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*