TMJ BERI PETANDA AKAN TINGGALKAN JDT?

Di dalam satu komen di IG @officialjohor hari ini, baginda menyatakan ini adalah hadiah terakhir baginda buat penyokong-penyokong JDT.

Adakah baginda sudah memberi tanda khidmatnya sebagai pemilik JDT akan berakhir dan akan diserahkan pada yang lebih layak?

Sebagai penyokong setia JDT, anda mesti semua sudah dapat menjangkanya lebih awal signal-signal ini.

1. TMJ mahu fokus kepada kebajikan dan kemudahan rakyat Johor.

 

2. TMJ sudah nyatakan Polo ada sukan kegemaran baginda No 1 berbanding Bolasepak.

 

3. TMJ sudah menyediakan ‘blue print’ jangka panjang JDT untuk direalisasi oleh siapa sahaja yang mahu mengambil alih JDT.

4. TMJ sudah nyatakan bahawa baginda sudah berabis banyak masa dan wang sendiri demi bolasepak Johor dan sudah sampai masanya pihak lain ambik alih.

 

5. TMJ sudah nyatakan yang baginda sudah berminat untuk mengambil alih pasukan luar negara seperti Valencia.

 

6. Dan yang pasti di sesi peribadi bersama-sama wakil penyokong JDT baru-baru ini baginda memang serius menyatakan untuk meninggalkan JDT kepada orang yang lebih layak selepas beliau dapati sudah tidak dapat memuaskankan hati semua orang.

 

 

Jika semua berita ini benar, adakah Penyokong JDT bersedia melepaskan TMJ?

The Future is uncertain, but The End is always near” – TMJ

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply