TMJ – APA YANG PERLU SEMUA TAHU

 

“Kami harap Tunku tidak tinggalkan kami. Dalam keadaan negara kita yang tidak menentu sekarang, rakyat Johor betul-betul mahukan tokoh seperti Tunku untuk memimpin kami.”

 

Ingat lagi, ini adalah apa yang saya suarakan kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di satu sesi tertutup bersama penyokong Johor beberapa tahun lepas. Ingat lagi, ketika itu baginda agak terkilan dengan sikap beberapa pihak yang masih tidak mempercayai apa yang baginda lakukan demi bolasepak dan rakyatnya.

 

“Saya boleh bekhidmat untuk anda semua, tetapi anda semua mesti berjanji mesti bersama-sama saya mengharunginya..” Jawapan yang ringkas daripada DYAM Tunku Mahkota Johor tetapi amat menyentuh hati kami yang berada di situ.

 

Tegasnya lagi, baginda boleh sahaja berada di mana-mana sahaja di dalam dunia ini tanpa memikirkan masalah rakyatnya. Diserahkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk memikirkan hal rakyatnya manakala beliau terus hidup sendiri dibalik pagar istana seperti yang semua pengkiritiknya sering lemparkan. Tetapi jiwa baginda yang sayangkan rakyat Johor mengatasi segalanya.

Hari ini, di laman IG Story baginda telah memuat naik koleksi-koleksi gambar aktiviti baginda bersama rakyatnya. Buat tatapan semua agar tidak lupa. Aktiviti kemanusiaan yang paling kurang diambil perhatian oleh netizen. Sesi murni baginda yang hanya dianggap biasa tetapi penuh bermakna.

Menjunjung Kasih Tunku

Allah Peliharakan Sultan

 

 

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply