JDT KINI JADI TUMPUAN PEMAIN BERDARAH WARISAN MALAYSIA

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini semakin menjadi tumpuan para pemain berdarah warisan Malaysia yang berada di luar negara untuk pulang dan beraksi di Liga Malaysia.

Perkara ini terjadi ekoran jenama JDT yang semakin kukuh di dalam dan luar negara serta fasiliti canggih yang bertaraf antarabangsa menyamai fasiliti kelab-kelab antarabangsa.

Kemasukan pemain warisan ke skuad JDT bukanlah perkara baharu. Natxo Insa dan Corbin Ong adalah antara pemain warisan terawal yang memperkuatkan JDT dan kini ditambah pula dengan kehadiran Matthew Davies yang pastinya menambah sengat Harimau Selatan.

Nama JDT juga disebut oleh beberapa pemain antaranya pemain kelab Mitjyland, Dion Cools yang dikaitkan dengan perpindahan ke JDT. Kini beliau sedang menimba pengalaman bermain dalam Liga Juara-Juara UEFA dan mana tahu bakal kembali ke Malaysia bersama JDT satu ketika nanti.

Selain Cools, pemain warisan Puerto Rico-Malaysia, Isaac Anking juga pernah dikhabarkan mahu menyarung jersi JDT manakala pemain kacukan England-Malaysia Stuart Wilkin pula dilihat sudah menjalani latihan bersama JDT.

JDT turut mendapat perhatian daripada pemain muda kelab Liga Perdana Inggeris
Wolverhampton Wanderers berusia 19 tahun, Nathaniel Shio Hong Wan yang tidak menolak kemungkinan mewakili Malaysia di masa akan datang.

Turut sama menerima input mengenai kelab terbaik negara ini adalah pemain warisan Finland-Malaysia, Nooa Laine, 18 yang kini bermain di liga utama Findland mewakili kelab Seinäjoen Jalkapallokerho (SJK).

Ianya satu pengiktirafan yang baik buat JDT apabila mendapat perhatian dari pemain warisan di luar negara dan ingatlah kehadiran pemain-pemain warisan Malaysia ini bukan sahaja memberi impak positif kepada JDT, malah ianya turut menaikkan kualiti liga dan juga skuad kebangsaan. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply