TINDAKAN JDT MENERIMA KEPUTUSAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA DIPUJI PENYOKONG JDT

Hari ini peminat bolasepak Malaysia terutamanya penyokong JDT menerima tamparan apabila menerima keputusan terkini daripada Majlis Keselamatan Negara  (MKN) untuk menolak rayuan MFL untuk tidak menangguhkan Piala Malaysia 2020.

Bagi penyokong JDT pula menerima kejutan berganda apabila mendapat tahu, JDT turut dilarang untuk terbang ke Doha Qatar bagi saingan ACL. JDT yang kini menghuni tangga kedua Kumpulan G dijadualkan bakal berdepan baki perlawanan bertemu Evergrande (China), Suwon Samsung Bluewings (Korea) dan Vissel Kobe (Japan).

 

 

Namun begitu, hantaran terbaharu kenyataan pantas daripada kem JDT oleh Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT di laman Facebook JOHOR Southern Tigers menyatakan pihak JDT menerima dengan hati terbuka keputusan oleh MKN membuatkan penyokong kagum dengan tahap professional  JDT.

“Jika ikutkan JDT lah pasukan paling terkesan dengan keputusan terbaharu ini. Tetapi JDT tidak melenting dan matang menerima keputusan. Tahniah, Anda memang pasukan professional!” – Faizal Iwan, Kuantan.

“Rata-rata majoriti penyokong bolasepak Malaysia emosi menolak keputusan MKN ini. Tetapi JDT tetap cool..” – Fatimah Idris, Pasir Gudang.

“Safety and healthy first, there will be always another opportunity..” – Mohamad Ishak, Kuala Lumpur

“Tenang itu cool. Apabila professionalisme berada di tahap tertinggi, kita akan sentiasa akur dengan peraturan ditetapkan..” – Matt Adil

“Untuk keselamatan ini respon terbaik daripada JDT, Jika berlaku apa-apa dikemudian hari dikhuatiri TMJ yang akan dipersalahkan oleh netizen..” – Izal Saizal, Johor Bahru

Untuk rekod pandemik Covid 19 kini mempunyai lebih 50 juta kes dan telah menyebabkan lebih 1 juta kematian di seluruh dunia.  Sudah pasti keputusan terbaharu ini perlu dihormati oleh semua pihak.

Yang pasti, jika tahun ini Piala Malaysia masih gagal untuk diteruskan JDT satu-satunya pasukan bolasepak dalam negara yang mempunyai piala kemenangan iaitu Piala Sumbangsih dan Juara Liga Super 2020. Penyokong JDT pula akan terus tenang dan fokus untuk cabaran-cabaran akan datang.

Luaskan Kuasamu Johor

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply