TIGA SEBAB MENGAPA PEMEGANG PAS BERMUSIM WAJIB HADIR KE STADIUM SULTAN IBRAHIM SABTU INI

Sabtu ini bakal menyaksikan pertembungan menarik antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab yang sering menjadi contoh, Terengganu FC (TFC).

Perlawanan yang sememangnya dinantikan kerana TFC telah dilabel oleh media sebagai salah satu pencabar utama untuk menyekat JDT menjulang trofi Liga Super buat kali kelapan berturut-turut.

Ini TIGA sebab utama mengapa para penyokong yang memegang pas bermusim patut hadir ke Stadium Sultan Ibrahim Sabtu ini.

PERTAMA — ‘TOP OF THE TABLE CLASH’

Pertemuan kali ini menyaksikan JDT dan TFC berada di tangga pertama dan kedua dalam kedudukan liga. JDT kini mendahului TFC dengan 5 mata dan kemenangan bakal menyaksikan JDT unggul 8 mata dihadapan sekaligus mencerahkan laluan untuk menjadi juara liga sekali lagi.

KEDUA — SATU-SATUNYA PERLAWANAN DALAM BULAN RAMADAN DI STADIUM SULTAN IBRAHIM

Susunan jadual liga tahun ini menyaksikan JDT kehilangan kelebihan tuan rumah dalam aksi bulan Ramadan apabila akan beraksi 4 kali di gelanggang lawan. Maka aksi bertemu TFC ini adalah aksi tunggal di Stadium Sultan Ibrahim dan pastinya penyokong teruja untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi bersama-sama dengan Boys Of Straits.

KETIGA — ANDA ADALAH PEMAIN KE-12

Minggu ini jelas menunjukkan bola sepak adalah milik penyokong dengan kontroversi yang melanda pasukan Eropah. Oleh itu sebagai penyokong setia JDT dan bola sepak Malaysia suara dan sokongan anda semua dituntut bagi memeriahkan suasana dan semestinya menaikkan semangat para pemain yang dilihat lebih bersemangat sejak kehadiran semula penyokong di stadium.

Ayuh semua penyokong…. satukan hatimu….tinggikan sorakanmu…..Demi Johor….ooooo….Demi Johor…..

Luaskan Kuasamu Johor

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*