TARBIAH UNTUK SEMUA

TARBIAH UNTUK SEMUA

Artikel: Page Masharakat Bola

Lima Satu! Mulut mereka tertutup.

Satu hari sebelum perlawanan mereka mula memperlekehkan segala yang telah diputus oleh pengurusan. Keputusan muktamad pengurusan yang direstu oleh Tunku untuk menamatkan keseluruhan jurulatih dalam barisan jadi pertikaian.

Menamatkan khidmat Raul kepada Benjamin Mora telah dijadikan bahan jenaka oleh segelintir rakyat atau lebih tepat Bangsa Johor itu sendiri. Mereka sudah mula merendahkan kreadibiliti pasukan mereka sayangi lalu lupa diri.

“Yang diketawa itu benteng kita,
Yang diejek itu perisai kita,
Siapa yang ada masa kita lemah?
Siapa yang ada masa kita kalah?”

Benjamin Mora! Bukan satu nama yang disukai atau popular dalam senarai jurulatih-jurulatih yang pernah melatih skuad JDT. Nama ini kembali popular setelah beliau telah diputuskan bakal menjadi pemikir utama untuk mencorak strategi.

Keputusan secara rasmi telah diumumkan menjelang 48 jam dari tarikh perlawanan bertemu Kedah. Mula satu tanah Johor menjadi celaru dan mula gundah. Bermacam cerita dicampur bermacam dakyah. Semua jadi tidak tentu arah.

Maka seluruh Johor menerima cerita dengan hati tak rela belaka. Seolah-olah mereka menerima beratnya malapetaka. Mula otak yang kononya positif, mula menjana aura negatif,. Segala amarah keluar bagai lama terkumulatif. Malahan ada yang terus seperti mahu berkempen menyebarkan berita seperti mahu memboikot pasukan. Mereka mula menunjukan betapa paranoid dengan kekalahan.

Tidak puaskah lima kali kejuaraan utama kita raikan? Tidak cukup lagikah kepercayaan keatas semua pencapaian yang Tunku usahakan?

Kita sebenarnya sudah manja dengan kemenangan. Selama enam tahun JDT ditubuhkan, penyokong Johor seperti sudah pakar menentukan semua dalam pasukan. Bagi mereka, setiap pandangan mereka adalah betul dan tidak boleh disanggah. Tidak sedarkah kita kini kita telah jauh berubah. Dalam hati itu kini siapa beraja? Adakah Bongkak? Riak? Atau Tamak?

Kita semua setuju bahawa Raul adalah jurulatih yang baik dalam melunaskan amanah. Segala jasa beliau tetap tidak berubah tertulis dalam sejarah. Namun sejarah tetap sejarah, yang dihadapan tetap menunggu jangan kita alpa.

Kita lupa? Dahulu setelah ketiadaan Morais, Raul juga diperlekehkan oleh segelintir peminat. Tapi hasilnya JDT tetap Juara, kita jerit ajaibnya kalimat. Kini dengan mata kepala kita bagaimana taktikal Raul kini mudah dibaca oleh pasukan-pasukan tempatan. Untuk itu butang panik perlu ditekan, kita bukan sahaja bertujuan mengekalkan Piala Malaysia di bumi Johor, tetapi juga persediaan untuk mengharungi ACL supaya kita berdiri sama tinggi dengan pasukan tersohor.

Tunku sering menukarkan masalah kepada peluang, ramai dalam keluarga besar JDT ini telah diberi peluang kedua. Safiq Rahim, Farizal Marlias, Gary, Rozaimi dan ramai nama lagi jangan dilupa. Tidak lupa juga seburuk atituted pemain seperti Diaz juga telah menerima peluang serupa.

Si petualang itu siapa yang mahu? Lupa itu adalah seratus peratus pilihan kita semua? Kerana kita Tunku dan pengurusan tunduk merealisasikan kepulangan Diaz semula. Akhirnya? Dia mengkhianat kita. Dia memperbodohkan satu Johor dengan kelakuan sebegitu rupa! Ketika itu kita sedar, tak semuanya yang kita mahu itu betul dan benar!

Jadi tidak bolehkah peluang ini diberi kepada Mora? Tidak bolehkah di pentas Piala Malaysia ini Mora diberi platform untuk membuktikan sesuatu untuk dikota? Kita semua tahu, Mora adalah jurulatih yang setia, walau dihantar melatih turun naik dalam pasukan yang lain kasta, beliau tetap disini, masih mampu tersenyum walau kuat dicaci. Kita tak sedar, kita yang sebenarnya yang mula menjadi parasit dalam pasukan. Dalam diam reputasi Mora kita yang merendahkan. Bukan orang luar, tapi kita yang membuat onar.

JDT Dua berakhir di tangga keempat. Pencapaian itu begitu membanggakan pengurusan. KPI telah ditetapkan kepada Mora bermula dari pusingan kedua Liga Perdana berjaya diterjemahkan. Semua kekurangan telah ditampung oleh pemain JDT1 yang turun membantu seperti yang Mora mahukan. Maka dengan tertampal semua kebocoran, di pusingan kedua telah Mora buktikan. Dari segala yang telah dipamerkan, maka tidak layakkah beliau cuba dinaikkan? Jika gagal, pastu alternatif lain pengurusan cari mencari jalan untuk penyelesaian.

Akhir kata,

Kita harus dan wajib percaya. Bahawa setiap usaha adalah akhirnya untuk kegembiraan Bangsa Johor. Walau apa terjadi selepas ini, walau kekalahan sepanjang kancah piala malaysia keputusan terkini, percayalah takkan Tunku biarkan semua terjadi. Sesiapa sahaja yang tidak dapat menunjukkan prestasi, pasti ditunjukkan jalan mengundur diri.

Kali ini. Percaya, kita tanam dalam dada!

Hazrizal Othman
Johor Lama,
Kota tinggi,
Johor

#MasharakatBola

Foto: www.asiana.my

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply