TAHNIAH HARIMAU MALAYA! TERIMA KASIH HARIMAU SELATAN!

Pasukan kebangsaan pimpinan Kim Pan Gon layak ke Pertandingan Piala Asia 2023. Selepas lebih 40 tahun Malaysia yang kali terakhir layak secara merit ke Piala Asia malam ini Malaysia buktikan kita boleh lakukan dan tidak ada yang mustahil.

Terima Kasih kepada pemain JDT yang menyarung jersi kebangsaan kali ini. Syamer, Corbin Ong, Farizal Marlias, Shahrul Saad, Arif Aiman, Safawi Rashid, Matthew Davies, Safiq Rahim, De Paula, Nazmi Faiz, Sumareh dan Akhyar Rashid.

Sistem latihan berintensiti tinggi yang selama ini diamalkan serta pengalaman beraksi di ACL, JDT berjaya melahirkan pemain-pemain yang cukup bersedia kali ini. Pandangan sinis yang selama ini menganggap pemain-pemain Harimau Selatan yang hanya ‘dikurung’ dan hanya menjadi stor simpanan pemain-pemain terbaik tempatan di JDT mereka membuktikan masih antara pemain terbaik di negara ini.

Kim Pan Gon sebentar tadi di sidang media selepas tamat perlawanan turut mengucapkan terima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor kerana Baginda memberikan keizinan 15 pemain menyertai Harimau Malaya dalam sidang media selepas perlawanan.

Terima Kasih JDT, Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor walaupun yang selama ini hanya diperli, dikutuk apabila kita tewas. Kali ini kita menang!

Kita buktikan pemain JDT pasti akan sentiasa bersedia untuk berjuang di mana jua kita beraksi.

Tahniah!

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply