PASTIKAN MALAM INI KITA PUNYA

Sudah lama kita berehat dari memberikan sokongan kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan malam ini satu pentas hebat bakal dihidang apabila kita melayan kunjungan Gergasi Merah.

Dikhabarkan perlawanan malam ini akan memecahkan rekod kehadiran penyokong di Stadium Sultan Ibrahim dengan kekuatan penuh dari semua yang setia memberikan sokongan kepada Harimau Selatan.

Bertemu Selangor dianggap sebagai perlawanan yang cukup besar kerana semua sedar perseteruan di antara dua pasukan ini tidak kira di dalam padang mahupun di laman sosial sekaligus menghangatkan suasana perlawanan malam ini.

Kita juga perlu penuhkan stadium sebagai tanda penghormatan kepada pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja yang kembali menerajui kelab kesayangan Baginda ini.

Tetapi sebenarnya kita tidak perlukan sebarang alasan atau sebab untuk turun ke stadium kerana ianya sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai penyokong untuk hadir dan memberikan sokongan.

Apa yang pasti, kita semua harus bersatu di belakang pasukan dan jadikan malam ini kita punya dengan tidak akan membenarkan pelawat bergembira membawa pulang sebarang mata. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply