TAHNIAH DAN TERIMA KASIH SEMUA PENYOKONG JDT

 

Tahniah diucapkan kepada semua penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana berjaya merangkul kategori Penyokong Tebaik pada malam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019.

 

Ini adalah bukti bahawa semua penyokong JDT yang ditunjangi oleh Boys of Straits (BOS) sememangnya terbaik tidak kira sama ada di tempat sendiri mahupun di gelanggang lawan apabila berjaya memperolehi anugerah ini buat kali yang keempat.

 

Anugerah ini pasti mendatangkan iri kepada penyokong pasukan lain tetapi kita harus tenang dan buktikan kepada semua bahawa kita berhak menerimanya dan teruskan datang ke stadium tanpa memilih perlawanan.

 

Dengan pembukaan Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih tahun hadapan, penyokong JDT seharusnya berasa bangga dan bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita.

Oleh itu marilah kita semua berganding bahu, pekakkan telinga dan sokonglah dengan sepenuh jiwa buat merah biru dan pastikan anugerah ini terus kekal di bumi Jauhar.

 

 

Tahniah sekali lagi dan terima kasih kepada semua penyokong Harimau Selatan. Ingatlah bahawa anugerah ini bukanlah untuk bermegah tetapi ianya adalah KPI buat kita semua untuk tampil lebih gah dan lebih matang untuk musim 2020.

Luaskan Kuasmu Johor

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply