KALAULAH MALAYSIA ADA 12 ORANG TMJ

Sekadar berkongsi cerita dan rasa saya tempohari sewaktu menonton perlawanan JDT bertemu Selangor di Shah Alam. Tiba-tiba terkeluar perkataan ini dari seorang sahabat yang sama-sama hadir ke stadium. Yang paling menarik sahabat ini bukan berasal dari Johor pun tapi berasal dari Negeri Sembilan.

Tambah sahabat ini lagi mungkin Liga Malaysia bakal berada di tangga teratas Asia mengatasi Liga Jepun, Timur Tengah dan China yang selama ini menjadi pilihan bintang bolasepak antarabangsa berhijrah.

Betul juga apa yang dikatakan. Tetapi adakah ianya boleh terjadi. Buat saya berkira-kira adakah pemilik-pemilik bolasepak lain yang sanggup berkorban dan bekerja seperti ini:

  1. Adakah pemilik kelab bolasepak dalam dunia yang sanggup bekerja siang malam, di darat, di laut dan di udara membuat perancangan demi bolasepak.
  2. Adakah pemilik kelab bolasepak dalam dunia yang sanggup turun bertemu sendiri dengan penyokong-penyokong sendiri memberi pencerahan secara telus.
  3. Adakah pemilik kelab bolasepak dalam dunia yang sanggup berdepan dengan haters-haters untuk berdebat tentang bolasepak.
  4. Adakah pemilik kelab bolasepak dalam dunia yang sanggup berhabis duit sendiri demi bolasepak walaupun tahu pulangan yang belum pasti.
  5. Adakah pemilik bolasepak dalam dunia yang terlalu ambil tahu segalanya tentang kelab sendiri seperti sehinggakan rekaan beg kertas cenderahati kelab pun diberi idea.
  6. Adakah pemilik bolasepak dalam dunia yang sanggup merendah diri dari sebuah negeri yang sebelum ini langsung tidak ada dalam peta bolasepak ke serata dunia mencari sahabat baru dan kenalan baru bolasepak untuk belajar dan terus belajar.
  7. Adakah pemilik bolasepak dalam dunia yang sanggup menjadi orang paling depan untuk dimarahi asalkan ahli pasukan bolasepaknya tidak diganggu.
  8. Adakah pemilik bolasepak dalam dunia yang sanggup mengambil keputusan kurang populis secara drastik demi menyelamatkan pasukan untuk jangka masa yang panjang.
  9. Adakah pemilik bolasepak dalam dunia yang sanggup menaruhkan pangkat Diraja untuk sama-sama bersama penyokong.

Adakah kita boleh menemui pemilik bolasepak seperti di atas. JDT bersyukur memiliki TMJ. Bagi penyokong JDT hanya ada 1 TMJ. Dan ianya milik Johor Darul Ta’zim.

Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*