SHEBBY SINGH DAN MULUTNYA YANG CELUPAR

Tercengang saya membaca kenyataan dari ‘pakar’ bola sepak Malaysia yang berkelana hingga ke Eropah menyarankan MFL dibubarkan dan dikembalikan kepada FAM seperti dahulu kala.

Jika kenyataan ini keluar dari mulut Khalid Ali atau Datuk Jamal Nasir ianya sudah dijangka tetapi apabila ianya dilemparkan oleh Shebby Singh sememangnya bola sepak Malaysia tidak akan maju sampai bila-bila.

Semua maklum akan peranan MFL untuk menyuntik elemen profesional dalam bola sepak Malaysia. Undang-undang mengikut Statut FIFA harus digunapakai bagi memastikan standard dan peraturan yang sama bagi setiap pasukan bertanding.

Kenyataan Presiden FA Sarawak yang mengatakan bermain bola sepak tidak perlulah mengikut buku jelas menunjukkan kelemahan beliau dalam pentadbiran. FAS, sebagai badan gabungan jelas amatur dan sekarang jelaslah mengapa kantong mereka sentiasa tipis.

Apa yang lebih malang apabila kenyataan amatur ini disambut dengan baik oleh Shebby Singh. Membubarkan MFL adalah satu langkah kebelakang yang sama sekali tidak akan membantu pasukan mencari dana kewangan tersendiri dan masih mengharap geran dan bantuan kerajaan negeri.

Shebby Singh bukanlah orang biasa-biasa. Beliau mempunyai pandangan bola sepak yang dihormati jika tidak masakan Fox Sports Asia mengambil beliau sebagai tetamu studio untuk program bola sepak.

Tetapi keceluparan beliau sememangnya dikenali. Dengan penuh dendam kesumat yang mungkin ditujukan kepada Tunku Presiden MFL, yang ironinya juga adalah bekas majikan beliau, Shebby tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan yang pada pendapat saya tidak tepat dan mengikut emosi.

MFL bukan tidak boleh dikritik tetapi sedarkah Shebby, dari kesemua pasukan yang bertanding, berapakah jumlah pasukan yang mempunyai stadium dan pusat latihan sendiri. Dan bagaimana pula keadaan padang stadium mereka sehingga ada yang meminta dana dari MFL untuk membaiki padang mereka.

Perkara ini yang sepatutnya ditekankan bukannya menjadi popular menyokong saranan tidak masuk akal Presiden FA Sarawak yang jelas tidak digemari penyokong Sarawak sendiri. Memalukan dan menggambarkan kekampungan serta tidak mahu berubah.

 

Sekarang saya faham mengapa Blackburn Rovers tersingkir dari Liga Perdana Inggeris dan bergelut hingga sekarang. Kerana mereka mendengar cakap penasihat 25% Shebby Singh yang mungkin menasihatkan mereka untuk kembali ke zaman dahulu kala dan mungkin juga beliau pernah menyarankan FA Inggeris untuk dibubarkan juga.

Shebby Singh anda adalah legenda tetapi keceluparan mulut anda membuatkan anda dikutuk oleh netizen dan percayalah jika Fox Sports Asia terbaca artikel ini, mungkin anda bakal kehilangan kerja anda. Fikirlah dengan akal dan bukan emosi dan dendam kesumat.

Ramli Ahmad – Titiwangsa

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply