SESI PENYOKONG BERSAMA PBNJ DAN JST BERKENAAN DENGAN ISU DI STADIUM SULTAN IBRAHIM

 

Di antara isi-isi perbincangan di antara pihak wakil kelab penyokong JDT dan PBNJ malam tadi. Secara lisan persetujuan telah diambil seperti berikut:

  1. Idea jualan tiket secara online lebih banyak akan dipertimbangkan di mana baki akan dijual di kaunter. Ideanya tiket online 3-4 hari sebelum perlawanan dan baki tiket fizikal hanya akan dijual dikaunter. Baki tiket terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Di mana jualan tiket online akan dibuka kepada IC Johor.
  2. Manakala idea untuk pembeli dari bukan IC Johor mungkin boleh melalui Yayasan JDT.
  3. Buat masa ini untuk makluman semua jumlah jualan ikut daerah adalah sebanyak 200-300 tiket sahaja melalui pejabat-pejabat daerah. Setiap transaksi ini sentiasa di pantau dan di maklum kepada pihak PBNJ.
  4. Pihak PBNJ tidak ada masalah untuk memberi kuota tiket melalui kelab penyokong sahaja dan tidak melalui pejabat-pejabat daerah jika kelab penyokong bersedia membawa penyokong secara konsisten di setiap perlawanan.
  5. Buat kelab-kelab penyokong dinasihatkan untuk mendapatkan kuota tiket selepas ini dengan membeli ‘Season Pass” secara berkelompok bagi memudahkan kelab penyokong ini boleh duduk di tempat duduk mengikut ahli kelab mereka.
  6. Idea diberi pilihan kepada penyokong untuk memilih nombor tempat duduk sendiri masih dipertimbangkan.
  7. Idea Jalan simpang 3 masuk ke stadium untuk ditukar ke roundbout akan diperbincangkan dengan pihak berkenaan kerana ianya di luar kawalan pihak stadium
  8. Isu nombor tiket dan nombor tempat duduk tidak sama serta tiada nombor di kerusi akan disiasat lebih lanjut oleh pihak stadium (seperti yang terjadi di seksyen C409). Pihak stadium mengucapkan terima kasih atas input ini kerana stadium masih baharu dan diakui banyak kekeliruan untuk dibaiki.
  9. Tong sampah di dalam dan luar akan ditambah
  10. Mesin Jualan minuman (vending machine)akan ditambah.
  11. Food Truck juga akan ditambah – Info tambahan selepas kajian 2 hari. Food Truck akan dipindah ke Zon 4 kerana tapak sebelum ini agak menggangu parking. Di mana pandangan agak tertutup untuk kereta masuk sebelum ini. Pihak Stadium mengambil iktibar dari hari sebelum ini.
  12. Isu parking –  2 pintu laluan masuk (depan A dan belakang B) sudah boleh digunakan. Untuk laluan depan, laluan akan dibuka sehingga ketibaan TMJ dan tetamu kehormat lain. Parking arking kenderaan akan dipenuhkan dahulu zone 2 dan 3 dahulu baru ke zone 1.
  13. Idea mesin minuman (vending machine) untuk menggunakan cawan kertas sedang dipertimbangkan kerana diakui jualan minuman tin bakal menimbulkan masalah keselamatan. Kawalan lebih ketat kepada pengunjung yang cuba membawa masuk ke kawasan tempat duduk.
  14. Berkenaan isu keselamatan kenderaan di kawasan parking kerana mendapat aduan terdapat bahagian motosikal yang dicuri. Pihak stadium menasihatkan yang terbabit membuat aduan ke pihak polis untuk memudahkan pihak stadium memohon kawalan tambahan kepada badan keselamatan.
  15. Selepas ini di setiap pintu akan disediakan gate kawalan  (turnstile) untuk memastikan tiada barangan larangan masuk ke kawasan stadium.
  16. Idea untuk meletakkan pagar untuk memudahkan pembeli-pembeli tiket di setiap kaunter SSI seperti yang dilakukan di Larkin.
  17. Isu di grandstand kerusi-kerusi khas untuk tempat duduk grandstand akan sampai tidak lama lagi di mana ianya membezakan di antara grandstnad dan open.
  18. Masalah aduan kedudukan kedudukan kerusi open dan grandstand yang seperti tiada beza akan diambil perhatian pihak stadium untuk diambil tindakan.
  19. Idea mengadakan tandas dan surau di luar kawasan stadium memang sudah difikirkan oleh pihak stadium dan sedang diusahakan.
  20. Pihak Marshall akan memastikan penyokong-penyokong tidak berdiri dibelakang-belakang penyokong.
  21. Tiada bayaran dikenakan kepada kenderaan di tepi-tepi jalan.

Setiap perbincangan dan idea perbincangan ini pihak PBNJ akan berbincang dengan pihak atasan untuk memastikan setiap masalah dapat diselesaikan secara professional dan muafakat.

Bukti betapa sayangnya DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sehari selepas perlawanan Piala Sumbangsih tempohari. Betapa sayangnya baginda kepada penyokong JDT.

Jangan lupa teruskan sokongan kepada JDT. Berikan masa kepada pihak JDT untuk perbaiki setiap kelemahan.

Muafakat itu Berkat. Luaskan Kuasamu Johor!

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply