SEMBANG SANTAI BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR – TOPIK BETUL KE?

Perkembangan Pasukan Kebangsaan?

Pasukan sekarang pasukan baharu. Tetapi itu bukan alasan dan kita perlu lihat siapa lawan kita. Perlu sedar diri ranking pasukan kita juga. Untuk rekod kita pernah kalah 10-0. Gameplan tidak menjadi dan banyak kesalahan individu.

Di JDT kita letak harapan berpandukan kemampuan seperi di ACL. Strategi dan formasi jurulatih perlu difikir oleh Tan Cheng Ho.

Betulkah Tunku tidak tahu pasal pemilihan pemain JDT di Harimau Malaya?

Ya saya tahu. Banyak kali berbincang dengan Presiden FAM. Kenapa banyak pemain JDT. Saya tekankan JDT perlu lalui ACL. Ditakuti berlaku kecederaan pemain kita. Tetapi alasan mereka JDT dalam keadaan terbaik. Pada pandangan saya perlu ambil pemain yang sedang prestasi terbaik.

Kita perlu sedar diri juga di mana kedudukan kita.

TMJ Marah Matt Davies?

Saya selalu pesan pemain JDT untuk kurangkan bersosial media dan taksub dengannya. Ianya akan mengganggu fokus pemain jika mereka baca komen-komen peminat. Saya tegur di IG Matt Davies ditujukan bukan hanya kepada beliau tetapi kepada semua pemain lain.

Komen Perlawanan berikutnya bertemu Vietnam

Vietnam memiliki jurulatih yang bagus. Kita boleh beri tentangan kepada Vietnam. Pasukan perlu berlatih dengan lebih fokus dan kurangkan bersosial media.

Isu De Paula

Saya tidak mahu kritik berpandukan kepada 1 perlawanan sahaja. Kita perlu lihat dahulu rekod-rekod dia sebelum ini. Bagi dia peluang. Jika masih tidak menjadi baru kita fikirkan kemudian.

Isu Dion Cools

Saya sudah berhubung dengan beliau sejak 2 tahun dahulu.  Tetapi saya berpendapat beliau masih muda dan perlu bermain di peringkat tertinggi di Eropah sekarang.

Adakah TMJ masih mempunyai pengaruh di FAM?

Saya hanya akan bagi komen dan pendapat jika diminta oleh Presiden FAM

Pasukan Futsal JDT

Ada perancangan tetapi masih belum boleh dilakukan sekarang.

Secara individu Pemain JDT mana yang tidak perlu berada di Harimau Malaya?

Syafiq Ahmad kerana beliau masih dalam proses pemulihan kecergasan.

JDT rosakkan Liga?

Jika pasukan lain tidak bayar gaji dan kebajikan pemain kenapa perlu JDT yang dipersalahkan juga. Di JDT berbelanja ikut kemampuan. DI JDT kami selamatkan pemain-pemain untuk terus dapat gaji selama ini.

Setiap pemilik sudah pasti perlu berfikiran untuk memperkuatkan pasukan sendiri.

Adakah Tunku memainkan peranan memilih kesebelasan pemain JDT?

Bukan saya seorang. Tetapi saya selalu berbincang dengan jurulatih JDT dan akan pilih yang terbaik bagi setiap perlawanan. Saya bukan pemilik yang tidak tahu pasal bolasepak.

Isu terkini pemain JDT

Hong Wanvand Syarian akan bermain di sini manakala Liridon akan ke Thailand. Masih dalam proses perbincangan.

JDT kelihatan bongkak?

Di dalam JDT kita perlu dilihat sebagai pasukan professional. Dari segi keterampilan dan di mana jua. Di dalam perlawanan tidak ada istilah rendah diri. Ini ada pertandingan. Kita perlu tunjukkan kita hebat.

Isu panas JDT dan Selangor.

Mengapa perlu cemburu. Di JDT kita ada semua. 4 stadium dan macam-macam lagi. Ya mungkin saya memiliki masalah dengan beberapa individu di Selangor tetapi saya tidak mempunyai masalah dengan pasukan Selangor.

Mungkin di media sosial nampak saya mempunyai masalah dengan Selangor dan mereka terlalu over excited sedangkan tidak ada apa-apa.

Jika hanya melihat tentang isu sejarah kita boleh lihat apa yang berlaku di Nottingham Forest, Man City dan PSG. Kena tengok kedudukan terkini. Seperti Blackburn Rovers dulu pasukan kuat sekarang orang tak pandang. Kena lihat nilai komersial terkini.

Jika dilihat sejarah memang Selangor lagi besar. Tetapi perlu dilihat kini. Kita ada 4 pusat latihan. Kita pernah menang 7 perlawanan terus tanpa kalah. 75 perlawanan di laman sendiri tanpa kalah. Media sosial JDT memiliki 4 juta pengikut.

 

Saingan JDT?

Kedah & Terengganu.

Sentimen JDT masih kuat walaupun perlawanan kebangsaan.

Saya tidak bimbang tentang isu ni kerana saya faham masa kini JDT berada di atas jadi semua orang fokus ke JDT. Isu ini idak akan timbul jika JDT bukan di tangga teratas.

Isu pemain Natrulisasi?

Pada pandangan saya Cabrerra  adalah asset Harimau Malaya di masa depan. Dia ada kualiti untuk bermain di banyak posisi. Jika boleh sebelum pemain-pemain natrulisasi di pilih faktor jangka panjang juga perlu diambil kira.

Program Pembangunan di JDT?

Pemain muda JDT III mungkin akan bermain di Liga Singapura.

Cabaran terbesar TMJ di JDT

Cabaran untuk ubah pemikiran buat pasukan dan pihak belakang tabir di JDT. Mendidik penyokong JDT.

Program pembangunan bolasepak negara sekarang?

Bagus. Tetapi kelab juga perlu ambik tanggungjawab masih-masing berbanding hanya terima dana daripada kerajaan.

Isu Pemilikan Kelab Valencia?

Saya masih dalam proses perbincangan dengan pemilik Valencia. Perlu difikir secara mendalam. Jika tidak terjadi saya boleh pikir pasukan-pasukan lain juga.

Penajaan Hafiz Syahrin

Saya bersedia untuk membantu beliau meningkat prestasi. Saya pernah membantu pemain professional lain seperti Muhamad Farkhan Haron.

Isu Broadcasting bolasepak di Malaysia

Sebelum TM menarik diri kita pernah berjanji untuk memberi dana kepada setiap-kelab bertanding.

Adakah TMJ ‘Arrogant’ dan ‘Sarcastic’?

Saya suka bercakap berpandu fakta. Memang berita benar itu menyakitkan. Tidak suka berpandukan gossip. Bercakap benar bukan bongkak tetapi ianya bercakap jujur.

“Bees do not waste their time explaining to flies that honey taste is better than shit”

 

Jika tinggalkan JDT siapa yang bakal menggantikan TMJ?

Adik saya kerana perlukan orang yang amanah. Tetapi tidak ada orang yang boleh hands on seperti apa yang saya lakukan sekarang.

Pemain antaraabangsa lain yang akan  bermain untuk JDT?

Saya memang pernah inginkan untuk dapatkan pemain-pemain kelas dunia ini tetapi kita perlu sedar diri kedudukan kemampuan kita sekarang.

Pemain JDT akan dipinjamkan ke luar?

Saya perlu tanya dahulu pemain-pemain ini jika mereka bersetuju. Jika tidak mahu mereka boleh terus kekal di JDT

Pernah menyesal tinggalkan FAM?

Tidak. Kerana sebelum saya tiggalkan FAM saya pernah selesaikan masalah-masalah besar FAM.

 

Sumber: IG @hafizalhamad

 

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*