SELAMAT HARI JADI BOYS OF STRAITS

 

2hb Februari yang lepas sudah 9 tahun usia komuniti ini. Jika di disamakan dengan usia manusia sudah darjah 3 usia komuniti yang amat disayangi oleh seluruh penyokong bolasepak Johor dan masih bertatih mengenal apa itu dunia. Tapi dengan usia yang baru 9 tahun, komuniti ini yang boleh dikatakan masih mentah dan muda telah mencipta nama diseluruh Asia.

Sebut saja nama B.O.S dimana-mana tempat pasti mereka mengenali komuniti penyokong dari selatan tanah air ini. Komuniti ini amat selari dan seiring bergerak bersama-sama kelab Johor Darul ta’zim dengan kemajuaan serta kelainan yang ditampilkan. Benar kata-kata DYAM Tunku Mahkota Johor, yang kita perlu menunjukan sikap yang terbaik di dalam padang mahupun luar padang. Dengan pemain yang berkualiti serta penyokong yang terbaik mampu melonjakkan nama di serata dunia.

 

 

Dengan harapan kami penyokong bolasepak Johor mengharapkan B.O.S sentiasa kekal positif, sentiasa ada demi pasukan JDT dan sentiasa bersatu hati demi Johor yang amat kita cintai ini. Memang tidak boleh disangkal lagi dengan kehadiran kalian adalah pencetus kebangkitan penyokong-penyokong Johor yang lain untuk terus bertandang ke Stadium dan lebih penting dengan kehadiran kalian semua telah membuat kegerunan dan kegusaran terhadap pasukan lawan.

Kehadiran serta cara kalian lain dari yang lain dengan memberi semangat kepada pemain beraksi memang bukan saja-saja tapi amat luar biasa. Saya tak pasti mana kalian mendapat tenaga selama 90 minit berdiri serta bernyanyi tapi saya pasti itu semua adalah dari hati ikhlas kalian demi JDT.

Tahun pertama kita bermain di peringkat tertinggi Asia (ACL) diharap kalian akan membawa nama Johor sebaik-baiknya dan terus mengharumkan nama Johor. Biar orang negara luar pandang yang Johor juga mempunyai penyokong yang amat luar biasa dan mempunyai kegilaan terhadap menyokong bolasepak.

 

Semoga kalian merangkul sekali lagi anugerah penyokong terbaik bagi tahun 2019.

Semoga maju jaya Boys Of Straits!

“Belang dalam jiwa, taring angkuh kalung atas dada”

-Mess With The Best, Die Like The Rest-

Oleh: Mohamad Haniff

Foto: Ezreen Abd Talip – www.asiana.my

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply