SATU LAGI SEJARAH JDT BAKAL TERCIPTA DI BUMI MELAKA

 

Tahun 2019, Stadium Hang Jebat menjadi saksi JDT merangkul gelaran Liga Super Malaysia buat kali keenam berturut-turut dan tahun ini ianya mungkin sekali lagi menjadi lokasi untuk JDT mencipta sejarah sekali lagi.

Pertembungan Melaka United dan JDT bakal menyaksikan JDT akan memburu kemenangan sekaligus menamatkan musim ini dengan rekod tanpa kalah. Ini akan menjadi kali kedua JDT tidak tewas dalam lipatan sejarah kelab.

Sesudah mencipta sejarah memenangi Liga Super buat kali ketujuh, JDT semestinya bersemangat untuk meneruskan rentak cemerlang sekaligus melakar rekod baharu kelab dalam memastikan era dominan mereka dalam bola sepak tanah air.

Melihat kepada rekod, belum pernah ada pasukan yang menjuarai liga lebih dari dua kali berturut-turut. JDT sahaja yang konsisten dan semakin bagus sama ada dalam pertandingan domestik mahupun di peringkat Asia.

Perubahan pucuk pimpinan, berbelanja berlebihan, ketiadaan penaja dan tidak mendapat sokongan kerajaan negeri sering menjadi alasan utama buat pasukan lain yang bertanding.

Tetapi tidak di JDT yang sentiasa bergerak ke hadapan dan tidak menoleh kebelakang dengan menambahbaik fasiliti dan pemain serta memastikan kebajikan para pemain terjaga dan memudahkan mereka fokus kepada perkara di dalam padang.

Tahniah JDT. Sejarah demi sejarah berjaya anda cipta manakala pasukan lain hanya mampu melihat dan terus bermimpi. Ayuh saingi JDT atau anda akan terus ketinggalan.

Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*