RASA RINDU DAN ANGKA TUJUH AZIMAT BUAT JDT KEMBALI BERAKSI

Lima bulan tanpa perlawanan bola sepak mencetuskan rasa rindu yang menggila kepada JDT. Pada kebiasaannya bulan Ogos kita akan tempuhi dengan perasaan bangga bergelar juara Liga Super seperti yang dilakukan sejak 2014.

Tetapi tahun ini kita perlu tunggu lebih lama dari kebiasaan dan debaran ini akan kembali dirasai apabila liga bakal bersambung pada 26 Ogos 2020. Pahang bakal menjadi lawan pertama kita di Darul Makmur.

Angka tujuh adalah satu angka keramat buat JDT tahun ini. Adakah JDT bakal bergelar juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut menerusi baki tujuh perlawanan. Kini semua perlawanan perlu dianggap seperti perlawanan akhir kerana semua perolehan mata sangat penting dalam mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Jika dilihat menerusi perkongsian di media sosial kelab, pasukan dilihat cukup bersedia dengan latihan yang mantap tidak mengira pagi atau petang. Ini perlu dilakukan oleh barisan kejurulatihan bagi memastikan kesemua pemain berada dalam keadaan terbaik dan bagi menggilap semula keserasian setelah lama tidak beraksi bersama-sama.

 

JDT juga telah menambahbaik fasiliti di pusat latihan dengan pembelian alatan baharu yang mampu membantu barisan kejurulatihan dalam mempersiapkan pasukan kerana dengan hanya tujuh perlawanan, segala kesilapan perlu diminimumkan demi mendapatkan mata maksima.

Tiga perlawanan di tempat sendiri bakal ditempuh tanpa pemain ke-12 yang sememangnya menjadi tunjang kekuatan kepada JDT. Perak, Selangor dan Sabah tidak dapat kita sambut dengan sorakan padu kita.

Penyokong mereka juga kecewa kerana tidak berkesempatan melawat rumah baharu kita yang masih menjadi buah mulut penyokong lain. Apa boleh buat, demi keselamatan sejagat, kita perlu akur kepada arahan kerajaan tetapi itu bukan bererti kita perlu berhenti menyokong pasukan.

Semoga rasa rindu dan angka tujuh bakal menjadi azimat kepada pasukan untuk bermain mati-matian dan akhirnya berjaga menguntumkan senyuman dikalangan penyokong yang kekal dibelakang mereka walaupun dari menyokong dari kejauhan. Ayuh Johor Luaskan Kuasamu.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply