JANGAN SALAHKAN JDT JIKA UBI ANDA MEMILIH SERTAI JDT

Ketika bola sepak hampir kembali, semua mata tertumpu kepada perlawanan ujian yang banyak diatur pasukan-pasukan bagi memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik.

Bukan hanya penyokong, malah pengelola liga, Malaysia Football League (MFL) turut sama teruja dengan memuat naik hantaran berkenaan jadual dan keputusan perlawanan di laman sosial mereka.

Akibat daripada ini, tumpuan banyak terarah kepada bakat-bakat muda yang bermain untuk JDTII. Pemain kelab pembangunan ini menjadi bualan hinggakan dijadikan bahan perbualan oleh orang-orang di negeri asal pemain tersebut.

Semua maklum bahawa di JDT, anda tidak perlu menjadi anak Johor untuk menyertai pasukan. Apa yang diperlukan adalah bakat dan kerja keras serta kesungguhan untuk merebut kesebelasan utama tidak kira diperingkat mana pun.

Anak kelahiran Sarawak misalnya, Gabriel Nistelrooy menjadi bualan ramai kini selepas aksi meyakinkan ketika menentang kelab Liga Super ketika perlawanan ujian. Kredit harus diberikan kepada beliau kerana berani berhijrah ke kem JDT di usia yang muda.

Begitu juga dengan pemain-pemain muda yang lain yang dahulunya menyertai skuad Piala Presiden negeri masing-masing dan akhirnya berhijrah menyertai JDT. Biarpun bermain di skuad JDTII atau JDTIII tetapi pendedahan yang diterima mereka bakal menyerlahkan lagi bakat mereka.

Di JDT, mereka tidak perlu pening akan ketiadaan gaji. Mereka juga akan berlatih menggunakan fasiliti yang canggih dan apa yang penting mendapat tunjuk ajar dari jurulatih Eropah. Bukan menidakkan kemampuan jurulatih tempatan, tetapi jurulatih Valencia CF lebih arif dengan sistem pembangunan bola sepak.

Atas sebab inilah, ramai bakat-bakat muda berkeinginan menyertai JDT. Ditambah pula dengan dorongan jurulatih remaja mereka yang pastinya masak dengan politik bola sepak tempatan.

Jurulatih yang bagus pasti mahukan anak didiknya maju lebih jauh dan bukannya terpuruk di negeri sendiri dibiarkan bermain tanpa gaji hanya demi lencana di dada. Sekarang zaman bola sepak moden, tidak ada istilah anak jati atau ubi tempatan.

Oleh itu kepada semua pasukan, jagalah kebajikan pemain muda anda. Cukup-cukup berpolitik dan tumpukan sepenuh perhatian dalam pembinaan pasukan Jangan pula menuding jari kearah JDT jika pemain anda berhijrah ke selatan tanah air.

Tepuk dada tanya selera,  Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin”.

Fikir-fikirkanlah

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply