PERJUANGAN TANPA FAKTA AKAN MERUGIKAN SEMUA

Sudah sampai masanya kelab-kelab bolasepak tempatan fokus kepada perkara paling utama dalam kelab masing-masing. Isu kebajikan dan kewangan pemain perlu berada di tempat teratas.

Rentetan daripada perbalahan dan sindiran berterusan Presiden Persatuan Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kepada Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ini hanya bakal memberikan kejuaraan penuh kepada haters-haters pasukan masing-masing.

Kepada YB Menteri Besar, baliklah kepada fokus asal. Utamakan keputusan di atas padang. Jaga padang, jaga stadium, jaga hati penyokong sendiri dan yang paling utama jaga kebajikan pemain YB sendiri. Seperti hari ini sahaja agak menyedihkan apabila terdapatnya masalah pembayaran cukai buat pemain-pemain YB. Jika salah nafikan, jika ya bantulah mereka YB.

 

YB boleh sahaja jika mahu jadi pejuang atau wira kepada pasukan-pasukan mangsa ketidakadilan seperti apa yang YB dakwa tapi marilah ke sini duduk semeja dengan pemilik kami. Boleh luahkan, berikan fakta jelas, pemilik kami sentiasa bagi ruang dan sentiasa menjemput sesiapa jua untuk berjumpa dengan baginda secara terbuka demi bolasepak negara kita. Berhujahlah dengan matang dan bukan dengan emosi.

Selamat maju jaya kepada JDT dan Kedah Darul Aman FC esok! Jumpa semua di sana.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply