JDT BUKTIKAN LEBIH DARI KELAB BOLA SEPAK

Juara Liga Super Malaysia sembilan kali berturut-turut, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan mereka lebih dari sebuah kelab bola sepak.

Kejayaan JDT bukan sahaja diukur di dalam padang tetapi juga di luar padang dengan pelbagai kempen kesedaran bersama-sama UNICEF serta solidariti keatas tragedi yang berlaku dalam dunia bola sepak.

Sebelum ini, JDT pernah menunjukkan solidariti dengan menyalakan lampu di Stadium Sultan Ibrahim sebagai memperingati kematian legenda bola sepak dunia, Diego Maradona dan juga mengenang mangsa tenggelamnya kapal selam KRI Nanggala milik tentera Indonesia.

Terbaharu, JDT antara kelab Malaysia terawal yang memuat naik hantaran belasungkawa sebagai memperingati mangsa Tragedi Kanjuruhan yang sangat menyayat hati fraterniti bola sepak dunia.

Selain JDT, pemain ke-12 kelab, Boys of Straits turut sama berkongsi kedukaan dengan menghantar kalungan bunga yang dipamerkan di hadapan Stadium Kanjuruhan sebagai tanda solidariti untuk mangsa yang terlibat.

Tindakan ini senada dengan titah pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sering menekankan isu kemanusiaan dalam apa jua perkara yang dilakukan kerana ianya adalah perkara paling utama dalam kehidupan manusia.

Tahniah JDT, terima kasih Boys of Straits untuk apa yang kalian telah lakukan dalam mengenang dan turut bersedih dengan tragedi hitam yang melanda. Inilah yang dinamakan keindahan bola sepak. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply