PENYOKONG LARKIN MEMANG ‘GILA’

 

PENYOKONG LARKIN  MEMANG ‘GILA’

“Dah lama rasanya Larkin tak macam ni.”

Itulah yang aku rasa bila habis sahaja game semalam. Ya memang kita kalah semalam tapi aku rasa sebagai penyokong kita dah ‘menang’ semalam. Arghh pedulilah apa orang nak cakap kita kalah 0-3 ke 0-10 ke sebab aku rasa awal-awal lagi aku dah rasa tak sedap hati bila Larkin hujan lebat petang sebelum game.

“Bab taktikal kita serah sahaja pada team..”

Pada aku mudah sahaja. Kalah menang tu memang adat dalam bertanding. Tapi sebagai penyokong kita kena support team dalam banyak hal. Sebelum ni pun rasanya TMJ ada cakap yang team kita sekarang kena bertahan dengan apa yang kita ada sekarang. Selepas banyak hal yang dah berlaku. Kena ingat jugak yang Pahang bukan lawan lemah.

 

“Maafkanlah pasukan..”

Ya team JDT agak tenggelam di padang basah. Aku ingat lagi TMJ ada sebut dulu baginda ni suka belajar dari kesilapan. Tak mustahil dari game semalam kita dapat sesuatu  pengajaran. Mana tau TMJ nak suruh pemain berlatih di sawah pulak lepas ni. (Jangan serius sangat yer..)

 

“Maafkanlah penyokong..kita tak biasa kalah”

Ya kalau lihat semalam penyokong automatik bangun lepas pelawat dapat gol ketiga. Memang semua nampak sangat penyokong bengang dan marah semalam.  Dari seat grandstand sampailah seat open fan bergerak pulang. Dengan diiringai suara-suara tak best. Harap pasukan dan TMJ maafkan kami ya. Biasalah hati mana tak panas..  lepas lencun hadap hujan lebat sebelum game.. kena belasah pulak 0-3.

 

“Penutup yang terbaik”

Secara peribadi aku bila kamu lihat suasana ni curva Boys of Straits memang best moment in 2018.. so far. Dah lama tak tengok macam ni punya patriotic di Larkin. Chant tanpa henti dari minit ke 80 padahal kita dah lencun jaringan 0-3. Tak kira lah kau dari ‘parti’ mana semua semua comrade chant bersama.

Sehinggakan aku lihat barisan pemain diketuai Natxo Insa seperti malu-malu kucing bergerak ke curva untuk meminta restu untuk pulang dan minta maaf.

 

 

“It’s not bragging if you can back it up..” – Muhammad Ali

Foto: www.asiana.my

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 2.6K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*