PENGORBANAN DI JDT SIA-SIA?

Anda kata pengorbanan di JDT ini sia-sia. Pelaburan ke atas pemain-pemain ini membazir?

Sabar semua. Sebelum transformasi yang dilakukan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor ini atas bolasepak Johor dahulu ya memang kita pernah menjadi juara Piala Malaysia dan Piala FA. Rekod yang kita pernah cipta di atas padang.

Tetapi lihat kini. Transformasi JDT yang bermodalkan beratus juta wang yang dilaburkan atas usaha TMJ, kita lihat sahaja kini. Kita jangan melihat hasilnya dalam skop bolasepak sahaja.

Pulangan ke atas pelaburan ini mungkin tidak jelas. Baginda sendiri pernah mengakui hasil jualan merchandise belum mampu untuk menjana kembali wang yang telah dilabur.

 

Kita perlu lihat skop lebih luas. Di luar konteks bolasepak. Bagaimana JDT membina empayarnya dari penghujung 2012. Bagaimana JDT berjaya membawa nama JDT dan sudah pasti nama Johor sendiri ke dalam peta dunia. Lihatlah bagaimana rakyat negara luar bila rakyat Johor, Malaysia melancong ke sana mereka sudah mengenali nama JDT. Nama yang sudah dikenali dalam dunia bolepak Asia dan Dunia barangkali.

Merchandise Rasmi mungkin tidak banyak dapat membantu ekonomi kelab, tetapi jenama JDT ini sudah banyak rasanya membantu sektor ekonomi kecil rakyat sekitar secara tidak langsung. Di awal penubuhan JDT dahulu perniagaan Restoran, Pakaian, Perlancongan tempatan, Kemudahan awam, Sosial, Kerohanian dan banyak lagi di atas pengaruh kecil JDT ini yang kita tidak sedar berjaya membantu memudahkan kerja promosi dan hebahan.

Foto: Ezreen A Talip – MFL

Oleh itu, bersabarlah dengan apa yang kita ada sekarang. Dunia sedang dalam proses pemulihan selepas zaman teruk hasil dari kerja Covid-19 ini. Teruskan sokongan dan semangat. Kita akan kembali lebih kuat jika kita terus bermuafakat. – HS

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply