JDT DAN SATU JUTA

Sekali lagi JDT membuktikan JDT bukan hanya untuk bolasepak semata-mata. Penyerahan hadiah wang kemenangan RM1,000,000 kepada ‘frontliners’ tempohari meneruskan tradisi sikap prihatin sebuah kelab bolasepak kepada masyarakat.

Nilai satu juta ini bukanlah nilai yang kecil bagi sebuah kelab bolasepak. Nilai 1 juta boleh sahaja digunakan untuk tujuan lain seperti membayar gaji pemain, penyelanggaran padang dan stadium. Tetapi pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sudah menegaskan biarlah baginda menguruskan bolasepak ini atas usaha sendiri dengan mencari dana dan penajaan daripada menggunakan dana kerajaan.

Kali ini ternyata, ‘barisan hadapan’ adalah golongan yang perlu diberi penghargaan dan diingati selepas menghadapi musim Pandemik Covid-19 yang mencabar dan memenatkan. Oleh itu tindakan DYAM Tunku Mahkota Johor dan JDT amatlah bertepatan dan harus dipuji.

Ini bukanlah tindakan JDT yang pertama. JDT pernah menyerahkan kembali wang kemenangan Juara Piala Malaysia 2019 bernilai RM500,000 kepada kerajaan negeri Johor bagi tujuan pembelian bot pengutip sampah bagi tujuan pembersihan sungai-sungai Johor.

Manakala pada 2017 pula, JDT menyerahkan wang kemenangan Juara Piala Malaysia 2017 kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Menjunjung Titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi kelab JDT adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa gempa bumi di Sabah” – YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak JDT (2017)

Malah amalan menyerahkan kembali wang kemenangan kejuaraan ini sudah diamalkan sejak 2013 lagi di mana JDT menyerahkan kepada pihak-pihak tidak bernasib baik melalui Yayasan JDT.

Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor. Terima Kasih Johor Darul Ta’zim (JDT). – HS

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply