NEGATIVITI NETIZEN RUGIKAN BOLASEPAK MALAYSIA?

“If someone doesn’t appreciate your efforts, stop trying to please them. If they don’t appreciate you, they don’t deserve you..”

 

Negativiti Netizen Rugikan Bolasepak Malaysia

25 Mac 2018, genap setahun Tunku Ismail memegang tampuk pemerintahan FAM. Pelbagai perkara positif dapat dilihat hasil kepimpinan baginda. Namun pelbagai tohmahan juga dilemparkan kepada baginda terutama berkaitan JDT.

Tidak dinafikan banyak Bangsa Johor yang kurang bersetuju ketika TMJ diisytihar menang tanpa bertanding pada Kongres FAM yang lalu, namun jauh disudut hati, mereka ingin TMJ membuktikan kepada semua kualiti kepimpinan beliau.

Baginda berjaya meyakinkan pelbagai penaja untuk menaja bola sepak tempatan yang mampu menjana pendapatan setiap pasukan yang bertanding. Kini setiap pasukan Liga Super menerima RM3 juta manakala pasukan Liga Perdana menerima RM1 juta.

Hak penyiaran juga semakin meluas dengan setiap perlawanan Liga Super kini disiarkan secara langsung menerusi internet serta televisyen percuma. Tidak pernah terfikir oleh penyokong tempatan akan perubahan yang besar ini.

 

Baru-baru ini, TMJ telah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah sampai masanya beliau meletakkan jawatan dari FAM. Ramai yang teperanjat malah ramai juga yang mengatakan bahawa ini adalah wayang dari Baginda.

Pihak pentadbir takut akan kehilangan wang penajaan jika TMJ berundur. Ramai juga yang menganggap masih awal untuk Tunku berundur kerana baginda masih ditahap meletakkan asas kepada FAM dan FMLLP.

Pendapat saya, sudah sampai masanya TMJ kembali fokus kepada JDT. JDT dilihat bergelut dengan pelbagai masalah dalaman. Saya juga akan menyokong penuh sekiranya Tunku ingin melepaskan jawatan beliau dalam FMLLP.

Pelbagai ketidakpuasan hati disuarakan terutama dari netizen terhadap kepimpinan baginda. Terbaru, jadual perlawanan yang ditunda dilihat seakan akan memberi kelebihan kepada pasukan JDT. Semua pengkritik melihat kedudukan Tunku di FMLLP mempengaruhi segala keputusan yang dibuat.

Oleh itu saya rasa sememangnya saya mengalu alukan keputusan Tunku meletakkan jawatan. Kembalilah Tunku kepada pasukan dan penyokong kesayangan kita ini. Jadikan JDT pasukan yang sangat kuat baik untuk kejohanan domestik mahupun di peringkat Asia.

Marilah kita membina semula pasukan kita dan melupakan segala kemelut yang sedang melanda pasukan. Tunku juga akan dilihat bebas dari menentukan hala tuju liga. Buktikan kepada mereka JDT tidak perlu membeli undang-undang untuk bergelar juara.

Dan yang paling menyeronokkan adalah kita boleh melihat siapa pula yang akan mengambil alih kerusi panas ini. Adakah orang baru ini mampu memuaskan hati para netizen yang kebanyakkkan hanya tahu menghentam tanpa pengetahuan bola sepak yang luas.

Mari sama-sama kita perhatikan kupasan pihak media yang pasti suka dengan keputusan Tunku. Media Malaysia masih belum matang dalam laporan dan kebanyakan mereka masih dilihat pro FAM rejim lama. Mungkin mereka sudah biasa disogokkan dengan pelbagai benda suatu ketika dahulu.

 

Kepada Tunku, ini adalah pendapat peribadi patik. Memang kita tidak boleh menutup mulut pengkritik namun kita mampu membuktikan kepada mereka bahawa mereka salah. Allah Peliharakan Sultan.

 

Luaskan Kuasamu Johor

Hanafi, Segamat

Foto: www.asiana.my, FAM

 

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 627
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*