MIFA BUKAN BIASA-BIASA. JDT 1-2 MIFA

MIFA BUKAN BIASA-BIASA. JDT 1-2 MIFA

Perlawanan pertama UNIFI Piala Malaysia 2018 JDT di Larkin nampaknya bermula dengan langkah kiri. Tewas kepada pasukan MIFA 1-2 harus diambil iktibar kepada pasukan JDT walaupun Piala Malaysia dianggap bukan piala pilihan.  Meliihat kepada barisan kesebelasan utama JDT pada perlawanan ini ternyata JDT tidak mengambil mudah perlawanan ini. Pasukan yang menghalang JDTII untuk bertanding di kejohanan ini.

“Pujian harus diberikan kepada pertahanan pasukan yang berdisiplin menyerap serangan JDT. Kami amat gembira dengan kemenangan menentang pasukan pilihan seperti JDT ini..” – K Devan, Jurulatih MIFA

JDT dikejutkan dengan jaringan awal MIFA pada minit ke 18 oleh Kpah Sherman. JDT berjaya menyamakan kedudukan apabila Fernando Marques berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang hadir pada minit ke 68. Impian JDT untuk menang atau sekurang-kurangnya seri di Larkin musnah apabila pemain MIFA, Bae Beom-Geun menjaringkan gol kemenangan MIFA hasil gerakan serangan balas pada minit ke 80. MIFA berjaya bertahan dengan baik menahan serangan JDT hingga ke wisel penamat.

 

 

Keputusan perlawanan di Darul Aman berkesudahan Kedah 0-0 Kelantan. Dengan keputusan ini meletakkan MIFA berada di tangga teratas kumpulan dan JDT di tangga terbawah. JDT bakal menerima kunjungan pasukan Kenari di Larkin empat hari lagi. Perlawanan mesti menang JDT.

Luaskan Kuasamu Johor

HS

 

Foto: www.asiana.my

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 278
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*