HADIAH BUAT HATERS

HADIAH BUAT ‘HATERS’

Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Itulah peribahasa terbaik buat para ‘haters’ apabila JDT tumbang kepada pasukan Liga Perdana, MIFA pada perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Berduyunlah kata-kata mengata yang menyakitkan singgah di telinga dan hati semua penyokong JDT melalui media sosial. Ianya bagaikan satu dendam yang telah lama terpendam diluahkan. Umpama sebuah gunung berapi yang meletus.

Maklumlah mereka perlu menunggu hampir 4 bulan untuk melihat kekalahan JDT. Siaran langsung di TV9 membantu seantero Malaya menyaksikan JDT diperbudakkan pasukan yang dianggap kerdil.

Tetapi jangan mudah sentap wahai penyokong JDT. Perkara ini sememangnya kita sudah jangkakan. Jika kita menang besar dengan MIFA, mereka akan katakan bahawa MIFA bolehlah. Bukan tandingan JDT.

Jadi tidak akan ada satu perkara pun yang akan menggembirakan hati mereka. Memetik kata-kata bijak pandai bahawa kita bukan hanya perlu belajar dari kejayaan seseorang tetapi kita juga harus belajar dari kekalahan atau kesilapan seseorang. Pasti tercoret secebis nikmat di kemudian hari.

Sabarlah. Perjalanan masih panjang. Tahniah kepada MIFA kerana membuktikan Piala Malaysia masih punya magisnya walau sudah hilang prestijnya. Kenanglah malam ini sebagai malam terbaik dalam lipatan sejarah anda.

Buat ‘haters’ teruskan mengata kerana ingatlah kata-kata anda membuat kami lebih kuat dan ingatlah juga tuding satu jari kepada orang empat jari lagi menuding kepada kita. Ayuh nikmati bersama kekalahan JDT.

Syamsul Osman

Pulai Indah

”Winners never quit and Quitters never win..”

Foto: www.asiana.my

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 684
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*