MESS WITH THE BEST DIE LIKE THE REST

 

MESS WITH THE BEST, DIE LIKE THE REST

Oleh: Mohamad Haniff

Assalamualaikum salam sejahtera dan selamat pagi semua, semoga semua dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi Yang Maha Esa. Maafkan aku jika ada yang tertinggal ataupun terlupa dalam ini cerita. Maklum la nama pun manusia, mana ada yang sempurna.

Alangkah indahnya jika saat, detik waktu itu kita dapat kembalikan lagi pada masa kini. Kita dapat kembalikan aura-aura sang juara tersebut dalam saingan Piala Malaysia. Alangkah harmoninya jiwa ini jika dapat bersama-sama kembali. Ini bukan soal wang, kudrat ataupun nama tapi cuma semangat, cinta serta jati diri yang telah tertanam dalam jiwa ini. Buat sahabat-sahabat walau apa pun yang terjadi harap jangan lekas undur diri pasal kita yang mulakan jangan pulak kita akhiri lagipun perjalanan kita takkan terhenti lebih-lebih lagi tahun hadapan kita akan mengharungi peringkat yang lebih tinggi.

Masihkah kalian semua ingat? jangan pernah cuba berubah, jangan sesekali berubah, Sekarang masanya rapatkan barisan dan kuatkan sokongan. Mereka semua perlukan kita, jika diizinkan olehnya jumpa semula kita pada 16hb september dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia. Ini perlawanan hidup mati kita semua.!!!!!

Tanpa banyak bicara aku teruskan saja ini cerita. Ia terjadi pada tahun 2015.

Wisel di tiupkan oleh pengadil tanda bermulanya perlawanan. Ini adalah perlawanan terakhir bagi saingan Liga Super 2015. Perlawanan penentuan samada piala Liga Super akan kekal di bumi Darul Ta’zim ataupun tidak.

 

 

Stadium Selayang penuh sesak dengan penyokong yang datang menyaksikan perlawanan. Sepertinya hampir 80-85% kapasiti stadium dipenuhi oleh penyokong Johor Darul Ta’zim. Perlawanan ini sudah kelihatan seperti di langsungkan di Stadium larkin.

Perlawanan kelihatan begitu sengit dari awal permainan. Tempo perlawanan kelihatan begitu pantas sekali. Kedua-dua pasukan saling berusaha gigih untuk mendapatkan gol awal bagi memberikan tekanan kepada lawan masing-masing. Namun begitu Felda United menerusi tandukan Shahrol Saad berjaya menembusi gawang Johor Darul Ta’zim yang di kawal oleh Izham Tarmizi pada minit ke-4.

Sedikit kekecewaan jelas terpancar di wajah penyokong JDT tatkala pasukan Felda United berjaya menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-10. Tetapi kami Boys of Straits dan penyokong lain tidak boleh mengalah atau menyerah, jika kami mengalah, pemain akan bersendirian berjuang di padang. Kami harus terus memberikan sorakan semangat buat semua pemain.

“Kami takkan pernah menyerah dan takkan pernah berubah, kami akan terus selalu berada disini selama-lamanya. Terus menyokong dan takkan pernah berhenti. Kami akan tetap setia bersama demi mu JDT.”

Walaupun pasukan Felda United berjaya mendahului JDT tetapi kami tetap yakin bahawa malam ini bakal menjadi milik pasukan JDT. Keajaiban pasti akan berlaku dan jelas masih ada sinar buat kita tatkala pemain kesayangan semua, Luciano Figueroa berjaya mengurangkan defisit jaringan kepada 2-1 menerusi sepakan penalti pada minit ke-35.

Separuh masa kedua dimulakan dengan Johor Darul Ta’zim sudah sebelah tangan menggenggam piala Liga. Kedua-dua pasukan saling mengasak walaupun kelihatan permainan lebih banyak di kuasai oleh Felda United.

Sorakan “bangun untuk juara” “stand up for the champion” sudah mula di nyanyikan tatkala perlawanan berbaki 5-10 minit apabila pasukan Terengganu berjaya mendahului Pahang dengan jaringan 3-1 pada perlawanan yang berlangsung di Kuala Terengganu.

Dan akhirnya wisel panjang di bunyikan menandakan bahawa JDT adalah juara mutlak Liga Super untuk musim 2015. Penyokong mula memanjat pagar untuk sama-sama meraikan detik gemilang bersama-sama pemain di tengah padang. Pihak polis dan FRU yang cuba mengawal keadaan sudah kelihatan seperti pasrah dengan ratusan penyokong JDT yang masuk ke padang untuk sama-sama meraikan kejayaan.

“Balik, balik!” jerit pegawai FRU dengan muka bengis. Tanpa mempedulikan amaran, kami teruskan larian kami ke tengah padang. Gila apa nak patah balik, peluang seumur hidup nak raikan kejuaraan bersama-sama pemain tak patut di lepaskan.

Kita mungkin luka akibat tewas di tangan Felda United malam itu, tetapi ‘mereka’ luka selamanya. Apa yang lebih penting, Piala Liga Super terus kekal di Bumi Darul Ta’zim. Tahniah Johor Darul Ta’zim.!!! Apa yang lebih penting kita sentiasa bersatu.!!!

-Merah Itu Darahmu, Biru Itu Nyawamu-

Demi Bangsa Johor. Kita semua adalah Boys of Straits. Luaskan kuasamu Johor!

#BoysFamilia
#BoysOfStraits
#WeAreAllBoysOfStraits
#LuaskanKuasaMuJohor

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 195
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*