MEMORI PIALA AFC 2015 MENJELMA DI MALAM GEMILANG LIGA JUARA-JUARA AFC

Melihat kepada kesebelasan utama JDT yang diturunkan pada perlawanan menentang Ratchaburi FC semalam mengimbau kembali detik gemilang JDT menjulang Piala AFC 2015.

Siapa sangka selepas enam tahun, gandingan Safiq Rahim dan Leandro Velazquez berjaya memberikan kemenangan buat JDT kali ini di peringkat tertinggi kelab Asia pula.

Apa yang lebih menarik ialah skrip final Piala AFC 2015 berulang semula apabila gol dijaringkan oleh Leandro hasil bantuan Safiq dan keputusan akhir 1-0. Perkara yang sama berlaku ketika perlawanan menentang Ratchaburi FC semalam.

Hanya empat pemain yang masih kekal dari skuad Piala AFC 2015 yang masih bermain pada perlawanan semalam. Selain Safiq dan Leandro, Farizal Marlias dan S Kunanlan merupakan tulang belakang pasukan ketika itu.

Mencatat tiga mata di peringkat Asia ini adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan. Tahap kebanggaan yang sangat tinggi yang pastinya menggembirakan kesemua penyokong JDT di seluruh dunia.

JDT juga berjaya mencipta dua rekod iaitu pasukan Malaysia pertama menenangi perlawanan di dua kejohanan kelab Asia dan muncul pasukan pertama Malaysia yang berjaya memenangi perlawanan Liga Juara-Juara AFC tiga musim berturut-turut sejak 2019.

Teruskan berjuang Harimau Selatan. Tiada apa yang dapat menghalang kita dari mencipta kejayaan di peringkat Asia kini. JDT bukan lagi budak mentah dan JDT juga bukan pelengkap jadual.

Seterusnya pasukan besi Korea akan kita hadapi. Semoga kemenangan menjadi milik kita. Teruskan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply