MARI MERIAHKAN KEMBALI LARKIN DENGAN SATU PENYOKONG SATU RESIT

Segalanya bermula pada tahun 2013 apabila gelombang transformasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mula menerjah arena bola sepak tempatan dan menerbitkan histeria dikalangan penyokong.

Stadium Larkin yang dahulunya sepi dan buruk kembali bergempita dengan sorakan lebih 20,000 penyokong yang bersesak-sesak sedari jam 4 petang untuk memberikan sokongan kepada JDT.

Pelbagai aktiviti dirancang oleh Boys of Straits (BOS) untuk memeriahkan lagi suasana hari perlawanan dan ianya diterima oleh semua penyokong yang bersama-sama membuat ‘choreo’ yang mencetuskan panik kepada pasukan yang bertandang.

 

Kini setelah kejayaan demi kejayaan digapai, termasuk yang terbaharu piala Liga Super Malaysia kali keenam berturut-turut dimenangi, Stadium Larkin sudah tidak semeriah dahulu. Bukan sepi tetapi tidak seghairah ketika 2013.

30 Jun 2019 ini adalah tarikh bersejarah buat kelab dan penyokong JDT. Satu perlawanan amal yang mengumpulkan barisan legenda dunia bakal menggegarkan kembali Stadium Larkin dan tarikh ini juga adalah hari lahir pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor.

Ayuh kembalikan kemeriahan Larkin seperti dahulu. BOS inginkan anda semua penyokong yang hadir untuk sama-sama berganding bahu menjayakan misi satu penyokong satu resit yang akan dilontar sebelum perlawanan bermula.

Masih ingatkah anda kemeriahan dan keseronokan ini pada zaman dahulu ketika kita belum punya apa-apa piala pun. Tetapi kita tetap teguh sebagai penyokong JDT. Kini kita punya segalanya. Semua piala sudah kita pegang.

Jadi ayuh kembalikan semangat Larkin dan tunjukkan pada legenda dunia bahawa penyokong JDT sama tarafnya dengan penyokong di Eropah ataupun di Amerika Selatan.

Ingat satu penyokong satu resit dan bersama kita tunjukkan pada dunia bahawa “Ini Johor…..Ini Johor…. Ini Johor Darul Ta’zim”.

Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*