JDT ALL STARS FRIENDLY 2019 BUKAN SEKADAR PERLAWANAN AMAL

Ramai yang masih tidak percaya dan ramai juga yang masih sakit hati dengan kejayaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menganjurkan perlawanan amal ‘JDT All-Stars Friendly 2019’ dengan jayanya.

Manakan tidak ini adalah perlawanan amal pertama yang dilangsungkan dengan dihadiri 12 pemain legenda dunia yang sangat popular. Ini bukanlah perlawanan sarkis yang pernah dianjurkan satu ketika dahulu demi mengaut keuntungan dengan melacurkan skuad kebangsaan.

Tidak pernah terjangkau dek akal kita dapat menonton aksi yang menghiburkan dari Claudio Caniggia dan kelibat Rivaldo di Larkin dengan harga serendah RM20 sahaja. Sudahlah dapat melihat legenda di depan mata kita juga sama-sama beramal membantu mereka yang lebih memerlukan.

Haters yang sentiasa sakit hati seharusnya memandang TMJ dari sudut ‘light side’ baginda. Jika kita ditempat baginda yang cukup serba serbi dari kecil adakah kita akan sanggup turun ke padang bermain bola dengan marhaen dan bersedia untuk ‘diole’ dihadapan rakyat.

Lagenda yang datang bukan hanya diajak bermain bola tetapi mereka turut menurunkan ilmu kepada bakat-bakat muda Akademi JDT menerusi klinik bola sepak. Inilah peluang seumur hidup yang tidak patut dilepaskan oleh pemain masa depan JDT ini.

Foto: JOHOR Southern Tigers
Foto: JOHOR Southern Tigers

Buat peminat pula, TMJ kurniakan anda dengan sesi ‘meet and greet’ tanpa mengira berapa kos tiket anda. Jika di perlawanan sarkis sebelum ini, hanya pemegang tiket VIP sahaja yang berpeluang berjumpa dengan mereka. Dan kebanyakan pemegang tiket VIP adalah kenalan kepada seseorang yang kenal kepada seseorang yang penting.

Legenda ini juga ditunjukkan dengan hospitaliti Johor yang terbaik bermula dari lapangan terbang ke hotel penginapan malah mereka semua dijamu oleh TMJ di istana dan dilayan dengan baik seperi rakan lama yang datang berkunjung.

Kini nama Johor dan JDT sudah menjadi bualan dunia. Lihat sahaja laman instagram kesemua legenda ini. Semuanya memuji kemudahan yang dimiliki JDT dan pastinya mereka akan bercerita sekembalinya mereka ke kampung halaman mereka nanti. Inilah namanya ‘word of mouth marketing’.

Sebanyak RM600,000 berjaya dikumpul menerusi perlawanan ini dan segala sumbangan diumumkan kepada penyokong sejurus tamat perlawanan. Tiada ‘hanky panky’ dan yang pasti tidak masuk ke poket golongan VIP. Tidak mustahil perlawanan amal ini bakal menjadi tradisi buat JDT dan Rest of The World.

Bayangkan dengan hanya RM20 anda bukan sahaja dapat menyaksikan legenda bermain bola sepak malah anda dapat bertemu serta berswafoto bersama mereka. Dengan RM20 juga ada yang membawa pulang motosikal dan pas bermusim tahun 2020. Dan dengan RM20 itulah anda berjaya beramal dalam membantu golongan yang memerlukan.

Luaskan Kuasamu JOHOR Darul Ta’zim!

Galeri Foto Oleh: Ezreen Abd Talip & Nizam Rahman

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply